Peruntukan Sejumlah RM9.6 juta kepada 120 orang miskin tegar dan miskin di Kelantan

Kuala Lumpur, 19 December 2023, 8.00 malam – KETUA Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM9.6 juta kepada 120 orang miskin tegar dan miskin di Kelantan di bawah program Rumah Kasih Ihsan bagi membantu membina rumah baharu untuk golongan itu bermula tahun depan.

Sejumlah RM5.8 juta bantuan baik pulih rumah kepada 240 ketua isi rumah (KIR) telah disediakan melalui peruntukan pembasmian kemiskinan. Empat KIR yang dikenal pasti sewaktu Program Jelajah eKasih@Kijang pada 23 Sept lalu antara penerima terawal yang mendapat bantuan bina rumah baharu yang akan bermula Januari tahun depan, manakala selebihnya akan dibina sepanjang tahun tersebut juga.

Selain menunjukkan keprihatinan kerajaan yang tidak bersikap pilih kasih membantu rakyat, Usaha murni ini sejajar dengan hasrat kerajaan menoktahkan miskin tegar di negara ini. Mengulas lanjut, Wan Ahmad Dahlan berkata ICU JPM juga telah menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM1.55 juta bagi program peningkatan pendapatan peserta eKasih dan RM1.018 juta bagi program jelajah kesejahteraan rakyat negeri ini.

Pelantikan Ruji sebagai KSU KDN dan Wan Ahmad Dahlan sebagai Ketua Pengarah ICU

Jumlah KIR miskin tegar Kelantan berkurangan sebanyak 40.1 peratus atau 4,927 berbanding 12,280 awal tahun ini. Perkara ini diteliti berdasarkan analisis data sehingga 3 Disember yang lepas. Antara faktor penurunan itu termasuk impak bantuan dan program pembasmian kemiskinan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri kepada golongan sasar.

Diantara penerima bantuan bina rumah baru, Mohd Zukri Mohd Yusof, 44, tidak menyangka impiannya untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai selepas lebih 10 tahun menumpang di rumah nenek isterinya.

Mohd Zukri Mohd Yusof, mengalami kecacatan kaki akibat jangkitan kuman kencing tikus beberapa tahun lepas sehingga menyukarkannya mencari rezeki. Beliau yang bekerja sebagai penjual kelapa mengalami kesukaran untuk mencari rezeki dan terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Sorotan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI: Merangsang Pertumbuhan Ekonomi, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, dan Memperkasa Kelestarian Alam Sekitar