Penguatkuasaan Agresif Akan Memastikan Peniaga Tidak Mengambil Untung Di atas Angin

Kuala Lumpur, 17 December 2023, 6.00 petang – MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Peniaga di negara ini diingatkan tidak sesekali mengaut ‘untung atas angin’ dengan menyeleweng barang kawalan bersubsidi yang diberikan kerajaan.

Pihaknya tidak akan sama sekali berkompromi dengan peniaga berperlakuan sebegitu. Barang barang kawalan bersubsidi yang diberikan kerajaan bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat, terutama ketika berdepan dengan isu kos sara hidup masa kini.

Justeru penguatkuasaan yang agresif perlu memastikan barangan yang dikawal oleh kementerian tidak boleh di mainkan dipasaran dengan dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mendapatkan keuntungan di atas angin.

Armizan berkata, bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan seterusnya dan memastikan hak pengguna serta rakyat dilindungi, penguatkuasaan yang agresif dari segi undang-undang berkaitan, akan dilakukan seperti Akta Kawalan Bekalan, Akta Perlindungan Pengguna, dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.

Semasa menjalankan audit, terdapat beberapa kes penyorokkan bekalan dan paketkan semula minyak masak ini ke dalam botol sebelum dijual dengan harga botol (lebih mahal), ini berlaku dan kita dapat kesan serta ambil tindakan, katanya

Armizan menambah lagi, pengauditan minyak masak paket bersubsidi akan terus dijalankan sehingga bulan Mac tahun depan. Sebelum itu laporan audit akan dibentangkan bagi mengenal pasti usaha yang akan dijalankan oleh kerajaan supaya mendapat kesan yang positif bagi mencapai sasaran seperti yang dirancang.

Menjual dengan menaikkan harga barangan bersubsidi, adalah salah dari segi undang-undang. Armizan menegaskan lagi beliau tidak akan berkompromi dengan yang terlibat.nasihat saya kepada syarikat yang dilantik supaya bagus-bagus lah berniaga, jangan berniaga cari untung atas subsidi yang sepatutnya dimanfaatkan oleh golongan memerlukan, katanya.

#PrezCom