Kuala Lumpur, 17 December 2023, 7.00 malam – BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Banyak kajian perlu dilakukan agensi kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum memutuskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan negara. Namun, keputusan tersebut sama ada diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Khairy menjelaskan, sudah banyak kajian dibuat pada zaman beliau semasa menjadi Menteri Kesihatan, jadi Dr Dzulkefly boleh sahaja rujuk kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk KKM. Rujukan kajian boleh dibuat oleh Dr Zulkefly sebelum memutuskan pelaksanaannya.
Khiry berkata, sekiranya sudah membuat kajian, sama ada teruskan pelaksanaan iaitu ganja di dalam perubatan, terpulang kepada Dr Dzulkefly. Be;iau berkata demikian apabila ditanya pandangan pelaksanaan penggunaan ganja dalam bidang perubatan negara.
Penasihat Belia Johor itu berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum melancarkan Persidangan Dewan Muda Johor Sesi 2023 di Bangunan Dato’ Jaafar Mohamad, Kota Iskandar di sini pada Sabtu.
Sewaktu menjawat jawatan Menteri Kesihatan pada lawatan kerja di Bangkok Thailand, Khairy memaklumkan kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun lalu dan dasarnya akan dilaksana tahun ini. Namun, langkah itu seolah ‘senyap’ selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan.
Di dalam lawatan Khairy pada Pada 25 Ogos tahun lalu, Khairy berkata, kerajaan akan mengambil pendirian berhubung perkara tersebut, Di dalam lawatannya itu, Khairy memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan kanabis digunakan untuk tujuan rekreasi di Malaysia.
Thailand mengeluarkan kanabis yang mengandungi tidak melebihi 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) daripada senarai narkotik yang diharamkan. Ia dilakukan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA). THC adalah sebatian psikoaktif utama yang terdapat dalam kanabis.
Bagaimanapun, pemilikan kandungan yang diekstrak seperti minyak serta hidangan seperti makanan dan minuman mengandungi lebih daripada 0.2 peratus THC, masih diharamkan di Thailand.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita :
Kontroversi Kebajikan Doktor: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Menyuarakan Kecaman.