Kuala Lumpur,

Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Kuala Lumpur, 16 December 2023, 1.00 petang – MENURUT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, anak-anak terutama di sekolah kebangsaan perlu ditekankan sekurang-kurangnya dwibahasa. Penambahan dan penguasaan Bahasa Inggeris perlu lebih baik dari sekarang kerana kita mahu seiring dengan negara maju yang lain. Kita mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris supaya kita tidak ketinggalan zaman kerana tidak ada peningkatan di dalam diri dan paling penting meningkatkan martabat bangsa agar lebih baik dari dahulu.

Sistem pendidikan kebangsaan komited untuk menyatukan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah kerajaan seperti yang ditakrifkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan Akta Pendidikan 1996, manakala Bahasa Inggeris perlu diperkukuh sebagai bahasa kedua yang akan meningkatkan pengetahuan pengambilalihan dan komunikasi.

 

Tujuan utama memperkukuh BIahasa Inggeris adalah untuk membolehkan penerokaan pelbagai ilmu serta meningkatkan persaingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan.

Untuk mencapai matlamat yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan kebangsaan, Bahasa Malaysia berada dalam kedudukan yang selesa sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala bahasa Inggeris dikekalkan sebagai salah satu mata pelajaran yang diajar dalam kurikulum kebangsaan semasa.

Aktiviti membaca, menulis, mendengar dan bercakap dalam bahasa Inggeris akan mewujudkan persekitaran Bahasa Inggeris terutamanya apabila menggunakan Bahasa Inggeris dalam subjek di sekolah. Kelas Bahasa Inggeris kemudiannya akan menguatkan lagi asas dan seterusnya meningkatkan kemahiran bahasa tersebut secara keseluruhannya.

Tidak kira sama ada mereka belajar di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan, pelajar di negara ini mestilah mendapat akses maksimum yang sama melalui pengajaran beberapa subjek akademik dalam bahasa Inggeris. Ini haruslah ditambah dengan bacaan wajib dan rujukan dalam bahasa Inggeris.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

10 Pekerjaan Yang Mendatangkan Gaji Paling Tinggi Di Malaysia.