Kementerian Kewangan Akan Menyelesaian Isu eMadani

Kuala Lumpur, 16 December 2023, 10.05 – TIMBALAN Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, dan Kementerian Kewangan akan cuba menyelesaikan isu permohonan bantuan kredit eMadani yang ditolak. Beliau berkata, akan cuba dapatkan lebih banyak maklumat dan akan cuba tengok dan selesaikannya.

Hui Ying berkata, terdapat juga permohonan yang ditolak walaupun individu berkenaan layak, justeru kerajaan akan melihat perkara itu dengan serius. Walau bagaimanapun ramai individu yang sudah mendapat bantuan kredit eMadani sebanyak RM100 sejak dilancarkan minggu lepas.

Susulan beberapa pertikaian yang berlaku sewaktu peralihan portfolio di dalam beberapa Kementerian termasuk dirinya, Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, perkara itu tidak melemahkan semangat beliau untuk berkhidmat kerana rakyat juga bebas bersuara.

Hui Ying, Sewaktu Menjadi Timbalan Menteri Pelajaran

Menurut Hui Ying, beliau terima dengan hati terbuka apa sahaja komen kerana saya bukan sempurna. Setiap orang ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan. Hui Ying telah menerima ucapan tahniah daripada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.

“Saya hanya boleh berjanji akan bekerja sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan Pulau Pinang,” katanya. Dalam pada itu Hui Ying mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan bagi membantu usaha pembangunan negara.

Beliau akan cuba sedaya upaya menunaikan amanah berlandaskan dasar Kerajaan Perpaduan dan visi Perdana Menteri serta prinsip integriti yang mulia,” katanya menerusi laman rasmi Facebooknya.

#PrezCom

Lebih Banyak Berita:

Permohonan Geran Kewangan MITRA Dilanjutkan