
Kuala Lumpur, 15 December 2023, 10.00 malam – TIGA gergasi media sosial iaitu Meta, Google dan TikTok telah menguasai kira-kira RM2 bilion daripada jumlah RM4.5 bilion hasil iklan tahunan. Ini merupakan satu kerugian yang besar terhadap media tempatan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kementerian memandang serius isu berkenaan yang perlu diperincikan dan diberikan penekanan memandangkan hasil daripada iklan hanya dibayar kepada syarikat penyedia platform media sosial dan bukannya kepada organisasi media.
Fahmi berkata, ini merupakan satu cabaran yang sangat serius yang sedang dihadapi oleh organisasi media dinegara ini ia perlu diubah supaya aliran media tempatan tidak akan terus menghadapi kerugian .
Menurut fahmi, satu perbincangan perlu diadakan bagi membawa semua pihak yang berkaitan boleh dibawa ke meja perundingan bagi memberi keseimbangan supaya media tempatan mendapat pulangan melalui pengiklanan mereka.

Kementerian memandang serius terhadap perkara ini kerana media tempatan merupakan hak Malaysia dan perlu diberi keutamaan di dalam media tempatan supaya ia menjadi realiti untuk mengembangkan lagi saluran mereka.
Kita boleh aplikasikan tentang bagaimana kita menguruskan isu berkaitan pelaksanaan 5G sebelum ini yang saya berupaya untuk jemput semua syarikat telekomunikasi duduk berbincang dan akhirnya semua setuju, jadi cara pengurusan itu boleh digunakan dalam ikhtiar selesaikan isu perbelanjaan pengiklanan ini,” katanya.
Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian ‘Transcending Disinformation: Towards Responsible Media Consumption’ anjuran Institut Pembangunan Penyiaran Asia Pasifik (AIBD) di sini hari ini.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita: