
Kuala Lumpur, 15 December 2023, 16:22 – MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berikutan peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
Dzulkefly berkata, buat masa ini bekalan vaksin masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput dan masih mampu melindungi golongan rentan dan seluruh rakyat Malaysia daripada jangkitan dan mutasi baru covid-19.
Menurut Dzulkefly, dos penggalak perlu ada untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko dan kesan memudaratkan.

Kredit Kepada Bernama
KKM menyedari akan peningkatan kes covid-19 sejak akhir-akhir ini dimana jumlah terakhir yang berada di dalam catatan KKM adalah sebanyak 12,757 kes. Dzulkefly telah memaklumkan mengenai perkara ini kepada Perdana Menteri dan ahli kabinet dan tindakan sewajarnya diperlukan.
Dzulkefly berkata, peningkatan itu dikaitkan dengan pergerakan orang merentas negeri menjelang cuti akhir tahun tanpa memakai pelitup muka dan keadaan cuaca. Secara tidak langsung peningkatan kes telah berlaku termasuk kes yang baru disyaki.
Dzulkefly menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di tempat awam atau tempat yang sarat dengan penduduk supaya memakai pelitup muka untuk mengelakkan daripada dijangkiti dan menjangkiti.
Ditanya keperluan saringan ketat di pintu masuk negara, Dzulkefly berkata langkah intervensi dan mitigasi yang sesuai akan diambil segera sekiranya diperlukan.
KKM akan mengambil langkah intervensi dan mitigasi yang lebih sesuai dan tidak mahu terlalu cemas serta pada masa yang sama tidak menganggap itu satu perkara yang mudah.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita: