Masalah Kegemukan Melanda Kanak Kanak Malaysia

Kuala Lumpur, 13 December 2023, 12:33 – TOPIK perbincangan ini merupakan isu yang sangat sensitif, tetapi dalam konteks masyarakat Malaysia ramai yang melihatnya sebagai ‘comel’. Ramai yang lupa bahawa kerap beli makanan segera adalah punca anak-anak punyai masalah berat badan berlebihan.

Jika hendak dibandingkan dengan negara jiran, negara kita telah yang menjadi ‘juara’ kepada rekod kanak-kanak kurus dan juga obes. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan ‘comel’. Pandangan seperti itu adalah tidak bagus seolah-olah menggalakkan lagi kanak-kanak supaya berlumba untuk menjadi comel tetapi ia adalah satu perkara yang tidak sihat.

Permasalahan tersebut tidak sepenuhnya signifikan kepada orang susah atau kurang bernasib baik semata-mata. Ini kerana data UNICEF juga menunjukkan kanak-kanak di Kuala Lumpur turut berhadapan masalah kegemukan. Menyentuh tentang klasifikasi obes dalam kalangan kanak-kanak, ia merupakan sesuatu yang sangat mencabar sebenarnya.

Jika diamati dengan mata kasar, mungkin ibu bapa boleh melihat sama ada anak-anak obes atau sebaliknya. Namun, secara perubatannya, doktor perlu mengira Indeks Jisim Badan. Bacaan yang dicatatkan perlu diplot pada graf tertentu sebelum ditafsirkan kanak-kanak itu betul-betul obes ataupun tidak.

Dalam hal ini, diet memainkan peranan yang sangat penting. Ibu bapa perlu ingat, untuk mendapat tubuh badan yang sihat, ia meliputi 80 peratus diet pemakanan dan selebihnya adalah senaman. Bagi orang dewasa membuat senaman tiga kali seminggu sudah cukup memadai untuk membakar metabolisma yang ada di dalam badan.

Namun, apa yang  boleh dikatakan, pengaruh utamanya adalah ibu bapa itu sendiri. Mengapa dikatakan begitu? Pada zaman dulu, situasinya sangat jauh berbanding pada era sekarang. Disebabkan pada waktu ini rata-rata ibu bapa berkerja, mereka kerap memilih untuk membeli makanan di luar berbanding memasak sendiri di rumah.

Sebenarnya, penting untuk ibu bapa tahu bahawa makanan jenis itu lazimnya tidak seimbang sama ada terlalu manis, manis atau banyak kalori. Hasilnya, kanak-kanak akan terdorong kepada isu kesihatan global itu iaitu berdepan dengan obesiti.

Tidak lain tidak bukan, itu semua gara-gara gaya pemakanan yang diterapkan kekurangan gizi dan nutrien serta tidak berkhasiat. Oleh itu, penting untuk ibu bapa mengubah tabiat biasa dengan hanya bergantung pada pesanan makanan segera untuk hidangan anak anak.

Bukan sahaja gejala obesiti yang akan dihadapi oleh anak anak, malah berbagai jenis penyakit mudah menghinggapi anak anak kita kerana di dalam makanan segera banyak terdapat agen pengemukan yang mudah meresap di dalam badan dan juga kulit.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Strok: Kenal Pasti & Bertindak Pantas.