Beras Putih Tempatan Dipasaran Tidak Berkualiti Adalah Tidak Benar

Kuala Lumpur, 10 December 2023, 9.00 malam – PENGERUSI FAMA, Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli berkata, pihaknya memandang serius dan akan menyiasat mengenai dakwaan beras putih tempatan ( BPT) dikatakan tidak berkualiti sepertimana yang pernah tular di media sosial.

Sekiranya benar terbukti bahawa berlakunya pembungkusan semula BPT dan terdapat isu beras plastik yang pernah dibangkitkan sebelum ini, tindakan sewajarnya akan diambil kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Aminuddin berkata, dakwaan mengenai BPT dipasaran tidak berkualiti dan isu beras plastik yang disebarkan sebelum ini ternyata tidak benar. Namun, sekiranya ia adalah dakwaan terbaru, beliau akan mengeluarkan arahan supaya pihak Fama mengambil maklum perkara ini kerana ia merupakan aduan dari pengguna.

Kredit Kepada FAMA TV

Melalui pengalaman yang lalu, dakwaan tentang BPT yang tidak berkualiti dan isu beras plastik serta beberapa aduan lain ada yang benar dan ada yang palsu. Justeru, sekiranya masih terdapat aduan yang sama, siasatan lebih terperinci akan dijalankan dan siasatan dilapangan juga akan dilakukan.

Mengenai satu tangkap layar oleh seorang pengguna di media sosial facebook IPOH STATION 18 AJEER, Amira Amir, yang membuat dakwaan bahawa BPT yang terdapat dipasaran edaran FAMA tidak lagi berkualiti seperti sebelum ini. Menurut Amira, BPT edaran FAMA mudah basi, tidak gebu dan berwarna kusam.

Sementara itu, Aminuddin menambah, FAMA setakat ini diberikan bekalan mencukupi dan menerusi laporan diterima pihaknya, bekalan BPT mencukupi untuk keperluan rakyat negara ini.

Setakat ini stok beras memang mencukupi dan kami boleh mengagihkan BPT kepada setiap outlet di bawah FAMA menerusi Agrobazaar Kedai Rakyat, Agrobazaar Rakyat serta menerusi Program Jualan Agro Madani.

Buat masa ini ingin dimaklumkan FAMA belum lagi menerima laporan dan aduan tentang kualiti beras setakat ini sebab beras ini sifatnya turut ada tamat tempoh iaitu selama enam bulan, jadi kita alu-alukan laporan daripada pihak pengguna.

#PrezCom