Menawarkan Lebih 5000 Jawatan Kosong

Kuala Lumpur, 9 December 2023, 9.00 pagi – SEBANYAK 40 majikan akan menyertai Karnival Kerjaya Malaysia Madani dengan menawarkan 5,000 kekosongan jawatan khas buat para pencari kerja.

Diantara majikan dari syarikat-syarikat besar yang akan mengambil bahagian di dalam karnival tersebut adalah, PETRONAS, Khazanah Nasional, PNB, Tabung Haji, KWSP, KWAP dan beberapa syarikat gergasi yang lain.

Untuk itu, kepada semua graduan dan kepada pencari kerja yang masih mencari kerjaya buat diri anda, jangan lupa untuk hadirkan diri ke Karnival Kerjaya Malaysia MADANI.

Mungkinkah anda orang yang dicari untuk mengisi kekosongan di syarikat-syarikat yang besar dan ternama itu?

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

KWSP Tetap Berikan Pulangan Kompetitif Dalam Keadaan Pelaburan Sukar