Siasatan Membuktikan Zayn Dibunuh Ditempat Lain Dan Mayatnya Diletakkan Ditempat Lain

Kuala Lumpur, 8 December 2023, 12:12 – TELAH terungkai semua spekulasi mengenai kematian kanak-kanak Autisme adik Zayn Rayyan apabila bedah siasat mendapati mangsa terbukti mati dibunuh akibat kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.

Hasil bedah siasat menunjukkan anak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui di tempat kanak-kanak tersebut dijumpai semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, siasatan semalam menunjukkan Zayn tidak meninggal dunia di lokasi mayatnya ditemui.

Pada hari pertama sekumpulan anggota polis dan penduduk setempat yang menjalankan pencarian dan melalui tempat yang sama tidak menemui mangsa di tempat tersebut.

Tetapi mangsa ditemui pada lewat malam hari kedua di tempat yang telah pun dilalui oleh pasukan mencari sebelum itu. Penemuan membawa kepada petanda bahawa mangsa tidak meninggal di tempat yang ditemui tetapi di lokasi lain yang masih dicari dan disiasat.

Di dalam bedah siasat yang dijalankan, terdapat ‘defensive wound’ (kecederaan akibat mempertahankan diri). Mangsa berkemungkinan cuba mempertahankan diri.

Menurut Suhaily, kawasan di mana mayat dijumpai merupakan kawasan terpencil yang tidak digunakan untuk laluan penduduk. Sisatan polis menunjukkan suspek adalah orang yang tahu tentang selok belok kawasan tersebut. Polis juga berpendapat bahawa suspek berkemungkinan orang tempatan atau setempat.

Anggota polis kini sedang menyusun beberapa strategi untuk siasatan seterusnya untuk mengesan suspek. Kes ini dipandang serius oleh pihak polis dan akan terus berusaha dengan keras untuk menangkap dan membawa suspek kemuka pengadilan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mangsa mati dibunuh selepas bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada leher dan badan Zayn Rayyan.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh melalui bukti-bukti yang diperolehi daripada bedah sisatan. Sebelum ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum bukti ditemui.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily, berkata, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan JSJ Bukit Aman akan membantu siasatan Polis Daerah Petaling Jaya, selain dibantu Polis Kontinjen Selangor.

Suhaily juga meminta kerjasama daripada orang setempat dan sesiapa sahaja yang mempunyai walau sekecil-kecil bukti bagi membantu siasatan polis. Beliau juga meminta supaya menjaga perasaan keluarga mangsa yang kini sedang ditimpa kesedihan.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

Mangsa Buli Lebih Suka Menyendiri Dan Berada Di dalam Keadaan Trauma.