
Kuala Lumpur, 6 December 2023, 11.14 pagi – Apabila dikatakan segelintir dari rakyat Malaysia suka bersangka buruk pasti ramai yang marah atau melenting. Sebagai contoh, minyak masak peket yang berada dipasaran negara sejak sekian lama.Ia dianggap minyak yang dikitar semula disebabkan harganya murah.
Sebenarnya minyak masak peket dijual dengan harga murah adalah disebaban ianya merupaka subsidi yang dikawal oleh kerajaan. Minyak masak yang dibotolkan tidak diletakkan dibawah kawalan kerajaan. Disebabkan itu, pengeluar boleh meletakkan harga mengikut pasaran semasa.
Minyak masak yang dikitar semula tidak elok untuk kesihatan. Perbuatan mengitar semula minyak masak juga adalah salah dari segi undang-undang. Pengeluar minyak masak dinegara kita amat mengetahui tentang perkara ini dan mereka tidak berani untuk memprosesnya kecuali ia dibuat secara haram.
Dari segi kos, untuk mengitar semula minyak masak terpakai supaya menjadi minyak masak yang baru, kosnya adalah sangat tinggi. Kalau ia dilakukan sekalipun, pengilang tidak dapat menjual dengan harga subsidi seperti di pasaran.
Dua jenis kualiti minyak masak sawit yang banyak terdapat di pasaran negara kita ialah CP6 dan CP8. CP atau cloud point (titik awan), merujuk kepada nilai kekeruhan minyak masak. Minyak masak berkualiti CP8 kelihatan sedikit gelap dan mempunyai titik awan yang lebih tinggi daripada minyak masak berkualiti CP6. Minyak masak dengan titik awan lebih tinggi akan kelihatan keruh dan lebih cepat membeku apabila suhu menurun.
Kebanyakan pengeluar menggunakan minyak masak dengan kualiti CP8 yang sama untuk minyak dalam paket dan dalam botol. Tidak perlu dirisaukan juga kerana minyak masak peket tidak semestinya berkualiti rendah dari minyak masak yang di botolkan.
Kerajaan Malaysia hanya meluluskan lesen mengitar semula minyak masak untuk dijadikan bahan lain seperti sabun, bahan api atau makanan haiwan sahaja. Oleh yang demikian, dakwaan yang mengatakan minyak masak paket 1 kilogram adalah minyak kitar semula juga adalah tidak berasas.
Semoga pencerahan ini dapat memberikan penjelasan kepada anda tentang hakikat sebenar minyak masak dalam paket plastik. Kepada anda yang selalu menggoreng makanan, jangan pula guna minyak masak itu berulang-ulang kali sebab ia bahaya pada kesihatan.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita:
Penguat Kuasa KPDN Serbu Premis Disyaki Melakukan Aktiviti Penyelewengan Minyak Masak Bersubsidi