Pesta Cahaya Suram Kurang Pengunjung

Kuala Lumpur, 5 December 2023, 15:21 – KAWASAN di Little India di Brickfields, Kuala Lumpur dilihat agak suram ketika hampir menyambut hari Deepavali baru-baru ini bagaikan tiada cahaya seperti sebelumnya. Lazimnya, ia nampak ceria dan meriah dengan kehadiran masyarakat India membeli belah lebih-lebih lagi ketika saat terakhir mahu menyambut perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya.

Rata-rata pengunjung mendakwa orang ramai mengawal perbelanjaan dan memilih untuk berjimat cermat dalam pembelian tahun ini. Disebabkan itu suasana menjadi amat berlainan dari situasi dahulu di mana ia kelihatan kurang bermaya dari segi kedatangan pelanggan untuk membeli belah.

Keadaan cuaca yang kurang baik waktu ini dan kehadiran hujan yang berpanjangan menjadi salah satu faktor aktiviti jualan kurang mendapat sambutan dan membuatkan keadaan penjual sangat muram kerana jualan berkemungkinan tidak membawa balik modal yang telah digunakan.

Apa yang cuba diketengahkan oleh penulis adalah bagaimana ekonomi negara yang merudum memberi kesan kepada aktiviti perdagangan baik perniagaan kecil-kecilan sehinggalah perniagaan yang besar.

Akibat daripada penutupan banyak syarikat-syarikat yang dahulunya merancakkan perdagangan di dalam dan di luar negara, ramai rakyat yang telah kehilangan pekerjaan dan menutup jualan yang sebelum ini menjadi mata pencarian mereka.

Rakyat lebih memilih untuk menggunakan barang atau pakaian yang ada di dalam simpanan mereka daripada membeli barang atau pakaian yang baru kerana menyimpan wang lebih penting daripada mengeluarkan belanja.

Tahun 2023 merupakan tahun yang begitu mencabar baik dalam dunia perniagaan mahupun politik. Susulan dari dua perkara tersebut yang tiada kestabilan, maka yang mendapat tempiasnya adalah rakyat.

#PrezCom

Tol Percuma 2 Hari Sempena Deepavali: Merapatkan Perpaduan Malaysia Madani