Kuala Lumpur, 5 December 2023, 14:58 – MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mewujudkan pasukan khas bagi memantau pergerakan keluar dan masuk pelancong China dan India sebagai sebahagian daripada tujuh mekanisme kawalan dan penguatkuasaan susulan pelaksanaan pelan liberalisasi visa.
Pemantauan akan dilaksana pada hari terakhir atau ke-30 dan ia akan dilaporkan secara berkala. Melalui pelaksanaan pelan liberalisasi visa ini, kawalan dan penguatkuasaan dapat dipergiatkan bagi menghindar daripada berlakunya isu-isu seperti kebanjiran warga asing dan pendatang tanpa izin (Pati).
Pelaksanaan pelan liberalisasi visa akan diperkukuhkan dengan langkah kawalan dan penguatkuasaan secara bersepadu dengan agensi-agensi penguat kuasa. JIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan ketenteraman awam di Malaysia terjamin dengan mengekalkan pelaksanaan tapisan keselamatan awal kepada semua pelancong ke Malaysia, terutama yang mempunyai rekod jenayah atau risiko keganasan.
Kawasan tumpuan warga asing seperti di sekitar Masjid India, Plaza Lowyat dan Bukit Bintang menjadi tumpuan kepada PDRM dan agensi-agensi penguatkuasa untuk mempertingkatkan kawalan dan pemantauan.
Bukan sahaja kepada warga asing yang menjadi tumpuan tetapi juga majikan yang menggajikan atau melindungi Pati akan menjadi sasaran utama KDN dalam menggiatkan aktiviti risikan dan penguatkuasaan .
Semua syarikat penerbangan akan diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk membuat semakan bagi memastikan kerajaan memberi tanggungjawab kepada syarikat penerbangan untuk menyemak dan memastikan pelancong yang masuk ke Malaysia mempunyai tiket penerbangan pulang dan tempahan hotel sepanjang keberadaan di Malaysia yang disahkan.
Bagi memastikan data kemasukan pelancong asing direkod, cadangan untuk mewajibkan pengisian data di Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) yang berintegrasi dengan sistem imigresen MyIMMs akan dinilai semula oleh kerajaan.
Turut untuk dikaji semula adalah, Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 berkaitan kadar kompaun, denda dan hukuman untuk tindakan jangka panjang.
Pelaksanaan pelan liberalisasi visa ini akan dikaji semula selepas tempoh satu tahun untuk menilai pulangan pelaburan kepada negara.
Keberkesanan inisiatif dan penilaian risiko keselamatan terhadap kemudahan imigresen yg diberikan juga akan turut dinilai semula. Beliau berkata, penambahbaikan boleh dibuat selepas semakan semula sebagai persediaan menjelang tahun berikutnya.
PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita :