
Penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) telah menamatkan zaman balunya dan sah bergelar isteri kepada usahawan, Tiko Aryawardhana di sebuah hotel mewah sebentar tadi. Majlis perkahwinan antara BCL dan usahawan Tiko Aryawardhana berlangsung di Amankila Resort, Bali dan hanya dihadiri oleh sahabat dan keluarga terdekat seramai 100 orang.
BCL juga dikatakan telah menempah kesemua bilik di resort berkenaan bagi kesemua tetamunya bagi menjaga kerahsiaan majlis pernikahan. Tidak hanya itu, pengawal keselamatan resort juga melarang mana-mana media untuk membuat liputan dan hanya membenarkan tetamu majlis perkahwinan sahaja untuk masuk ke pekarangan hotel.
Menerusi laporan portal berita Indonesia, BCL dan Tiko Aryawardhana tampil sedondon dalam pakaian adat jawa bewarna putih berlatarkan pemandangan laut. Dalam sebuah video suasana majlis perkahwinan BCL hari ini, turut kelihatan ialah sosok adik kepada arwah suaminya, Ashraf Sinclair iaitu Aishah Sinclair sebagai pengapitnya hari ini.
Semalam, penyanyi ‘Badai Telah Berlalu’ itu menukar nama akaun Instagram kepada @itsmebcl seolah-olah menguatkan lagi khabar angin dia bakal mendirikan rumah tangga pada hari ini. BCL pernah berkahwin dengan pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair sebelum dia menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan. Sementara itu, Sementara Tiko pula merupakan bapa kepada tiga orang anak dan telah bercerai pada tahun 2021.
Menurut Bunga Citra Lestari, pernikahan pada awal Disember depan sudah mendapat restu daripada keluarga Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair. Sumber laporan Hops.Id, ibu kepada Ashraf iaitu Dida Sinclair dikatakan telah memberi keizinan kepada Bunga untuk kembali berumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu Tiko Aryawardhana.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita: