TERPENGARUH iklan pelaburan di Facebook (FB), untung yang diimpikan telah berakhir apabila duit lebur begitu sahaja.
Jumlahnya pula bukannya sedikit tetapi bernilai RM417,000.
Kontraktor wanita berusia 48 tahun di Perlis yang sudah merasa diri tertipu dengan pelaburan palsu ini tampil membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kangar semalam (23 November).
Ketua Polis Daerah Kangar, Assisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, dalam kes berkenaan mangsa dikatakan telah melihat satu iklan pelaburan di FB lalu menekan pautan yang diberi.