Kuala Lumpur, 27 November 2023, 9.18 malam – MANISKAN senyuman, tetapi tidak dimakanan dan minuman. Kali ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ibrahim telah pun bersuara mengenai kandungan gula di dalam jamuan di setiap Kementerian. Beliau telah pun mengeluarkan arahan supaya mengamalkan pengurangan gula di dalam makanan.
Tujuan arahan itu adalah berikutan kenaikan penyakit kencing manis yang kian tinggi dikalangan rakyat Malaysia. Perdana Menteri mengingatkan penjawat awam dan semua Ketua Jabatan untuk mengadakan kempen bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai bahayanya penyakit kencing manis dan kesannya terhadap diri sendiri.
Laporan menunjukkan rakyat Malaysia merupakan golongan paling tinggi di Asia Tenggara yang menghidap kencing manis. Rakyat perlu menjaga kesihatan tubuh badan sendiri dan ini bukan urusan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja.
Menurut Perdana Menteri lagi, sebagai negara Islam, seharusnya kita mengamalkan cara hidup sihat dengan menjaga kesihatan mengikut apa yang dikehendaki dan ditekankan di dalam agama Islam. Masalahnya adalah, rakyat Malaysia suka minum dan menghirup gula dengan cara berlebihan.
Beliau merasa kesal kerana rakyat Malaysia tiada kesedaran mengikut ajaran Islam tetapi kuat berdakwah dan bertazkirah namun pengidap kencing manis semakin tinggi. Ini bermakna kesedaran dan kepentingan kesihatan tidak dikawal. katanya.
Pada hari Khamis yang lepas, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara yang mana mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019. Beliau berkata, KKM akan melancarkan satu pelan advokasi gula dalam masa terdekat ini.
#Prezcom
Artikal Berkaitan:
Peningkatan Penyakit Barah boleh Berlaku Sekiranya Kurang Tidur.