
Kuala Lumpur, 26 November 2023, 7.20 malam – RAMAI pesakit-pesakit yang alami gangguan jin seperti sihir saka dan sebagainya merasa pelik, tertanya-tanya kenapa mereka mengalami gangguan jin. Ada sesetengah pesakit langsung tidak percaya pada perkara-perkara berkaitan gangguan jin, ada juga yang menafikan mereka diganggu jin kerana di zaman moden ini tiada lagi masalah berkaitan gangguan. Sebagai manusia kita wajib percaya perkara ghaib iaitu jin. Cuma jangan terlalu taksub, cukup sekadar percaya jangan sampai terlalu suka dan mencari.
Memandangkan jin wujud, gangguan dari jin itu wujud. Ia boleh terjadi pada siapa sahaja sama ada sihir yang dihantar oleh orang yang dengkikan kita atau dari kenakalan jin itu sendiri. Untuk ikhtiar penyembuhan, kita boleh melakukan ruqyah syar’riyyah. Dan sebelum kita lakukan ruqyah sendiri, analisa diri kita. Adakah memang terdapat gangguan jin pada tubuh kita atau ia penyakit berkaitan perubatan.
Berikut adalah beberapa petua bagaimana untuk mengelakkan rumah dan diri kita dari dihampiri oleh jin atau syaitan:-
1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.
2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik…nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.
3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.
4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.
5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit…termasuk penyakit hati, hasad dengki.
6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.
7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.
8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.
9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.
10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.
11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.
12. Jangan makan makanan yang terbuka lama sebab dah jadi makanan jin/setan
13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.
14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.
15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.
16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.
17. Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.
18. Amalkan ayat Manzil.
19. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
20. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.
21. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.
22. Basuh pinggan makan selepas makan malam.
23. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.
24. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
25. Masuk rumah bagi salam, A’uzubillah, Bismillah hissami’il ‘alim dan masuk menggunakan kaki kanan.
26. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.
27. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.
28. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.
29. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .
30. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.
31. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.
32. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
33. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.
34. Mandi garam pagi dan petang.
35. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.
36. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.
37. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.
38. Amalan zikir asma ul husna.
39. Makan kurma 1 hari 1 biji
40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.
41. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.
42. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.
43. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi…terlindung dari santau.
44. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil daun pada waktu malam.
45. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.
46. Segalanya serah pada Allah taala.. Tawakal pada Dia…berdoa setiap pagi waktu subuh.
Surah Al-Jinn (Bahasa Arab: سورة الجن) ialah surah ke-72 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat. Dinamakan “al-Jinn” yang bererti “Jin” diambil dari kata “al-Jinn” yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Pada ayat tersebut dan ayat-ayat berikutnya diterangkan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al Quran dan mereka mengikuti ajaran Al Quran tersebut.
Dengan petua-petua yang diberi di atas, diharapkan dapat diikhtiarkan bagaimana cara untuk menjauhkan kita dan keluarga dari diganggu oleh golongan itu. Walaupun ianya bukanlah satu perubatan yang morden, namun, telah banyak terbukti bahawa petua-petua ini berjaya menghindarkan dan menyembuhkan orang-orang yang pernah melaluinya. Berusahalah demi untuk kita dan orang-orang tersayang dari diganggu oleh makhluk-makhluk ini. Apa pun segala-galanya terserah kepada Allah. Kita hanya berusaha dan hanya ia menentu segalanya. Yang penting berusaha dan meminta dari Allah supaya ia berjaya dijauhi dari hidup kita.
#PrezCom