Kuala Lumpur, 21 November 2023, 9.30 malam – LEBIH separuh daripada responden di Malaysia dan Indonesia percaya pemimpin agama harus mengambil bahagian dalam bantahan bantahan, dan lebih 50 peratus berpandangan sama di Kemboja, sementara antara 18 hingga 29 peratus bagi responden di Singapura, Sri Lanka dan Thailand. Hasil tinjauan Pusat Kajian Pew yang dikeluarkan pada 12 September 2023, yang telah meninjau 13,122 responden dewasa di enam negara Asia antara Jun dan September 2022. Malaysia dan Indonesia yang kebanyakan penduduknya beragama Islam, serta Singapura yang tidak mempunyai agama majoriti. Manakala Thailand, Kemboja dan Sri Lanka, di mana agama Buddha adalah agama rasmi.

Di Malaysia dan Indonesia responden berpendapat bahawa para pemimpin agama perlu menyatakan secara terbuka mengenai parti politik atau ahli politik yang mereka sokong. Malah kira-kira separuh mengatakan para pemimpin agama itu harus menceburi politik dan percaya pemimpin agama harus mengambil bahagian dalam bantahan-bantahan, dan sedikit lebih 50 peratus berpandangan sama di Kemboja, sementara antara 18 hingga 29 peratus bagi responden di Singapura, Sri Lanka serta Thailand. demikian menurut satu tinjauan pendapat terbaru Pusat Kajian Pew.

Tinjauan oleh badan pemikir Amerika berpendapat, agama amat penting kepada identiti nasional. Mereka meletakkan ajaran agama sebagai asas undang-undang negara, serta pandangan mereka tentang kepelbagaian agama. Sebagai contoh, tinjauan mendapati bahawa 86 peratus responden Muslim di Indonesia mengatakan adalah “sangat penting” menjadi seorang Muslim untuk menjadi warga Indonesia yang sejati. Ini diikuti rapat oleh 79 peratus responden Muslim di Malaysia yang juga menyamakan agama dengan identiti kebangsaan.

Jonathan Evans, iaitu salah seorang penyelidik utama dalam kajian Pew, memberitahu CNA bahawa beberapa soalan dalam tinjauan itu bertujuan untuk memahami bagaimana orang ramai memikirkan soal agama dan politik “sejauh mana ia boleh bercampur aduk atau tidak.” Pada keseluruhan tinjauan, orang Islam di Indonesia dan Malaysia mengatakan pemimpin agama harus terlibat dalam politik. 91 peratus responden Indonesia, 84 peratus di Malaysia dan 81 peratus di Kemboja percaya bahawa para pemimpin agama harus mengundi dalam pilihan raya politik dan harus mendedahkan secara terbuka ahli-ahli atau parti-parti politik yang mereka sokong.

Secara umumnya di kelima-lima negara, menyokong penglibatan para pemimpin agama dalam politik. Terdapat juga pandangan yang bercampur-campur mengenai tiga aktiviti politik yang lain – bercakap secara terbuka tentang ahli atau parti politik yang mereka sokong, menyertai bantahan politik dan menjadi ahli politik sendiri. Suasana politik Malaysia semakin panas dan bergelora. Dari perspektif konvensional, politik dianggap seni mempertahankan kekuasaan dan ia juga merentas pelbagai pendekatan, namun yang penting ialah kuasa dan pengaruh. Teori ini dikemukakan oleh Niccolo Machiavelli. Beliau menyatakan politik bebas nilai dan matlamat menghalalkan cara dalam bukunya, The Prince, memberikan pengaruh besar kepada pengamal politik pada masa kini. Dengan kata lain tujuan utama dalam pemerintahan menerusi pendekatan politik ialah ‘survival’ dalam mempertahankan kekuasaan.

Sebagai contoh, sebelum berlakunya Revolusi Perancis, golongan agamawan di Perancis mendapat tempat dan layanan istimewa dalam masyarakat. Trauma terhadap dominasi kekuasaan, golongan agamawan ini memunculkan fahaman sekularisme dalam politik, iaitu memisahkan agama daripada politik. Keadaan ini tidak berlaku dalam pendekatan Islam. Orang Islam selalu melihat politik sebahagian daripada agama. Tujuan utama politik dalam Islam adalah untuk menyebarkan kebenaran dan menjaga agama melalui kekuasaan. Disebabkan tujuannya mulia, cara dan pendekatan dalam politik juga perlu mulia dan betul cara serta pendekatannya. Secara umumnya dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara.

Oleh itu, sewajarnya dalam politik Malaysia pendekatan Machiavelli tidak diamal atau digunakan. Ini penting dalam konteks Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Apatah lagi, Islam juga menjadi agama Persekutuan, selain kita memperakukan, ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ dalam Rukun Negara. Secara umumnya berpolitik dalam Islam adalah satu bentuk ibadah kepada Allah SWT dan disebutkan Nabi Muhammad SAW melalui sabdanya yang mengingatkan bahawa antara tujuh golongan mendapat perlindungan di hari akhirat kelak ialah pemimpin adil. Ahli politik Malaysia perlu menghentikan penyelewengan, salah guna kuasa, khianat atau mementingkan kekuasaan atau kepentingan diri atau sentiasa berpegang kepada pendekatan ‘kekuasaan untuk kekuasaan’. Dalam usaha mendepani cabaran dan dalam kerangka semangat Keluarga Malaysia untuk memajukan negara, perlu menanamkan bahawa politik sebahagian daripada ibadat boleh menjana pahala, bukan sekadar berebut kekuasaan.

#PrezCom