Kuala Lumpur, 22 November 2023,12:22 – PENOLONG pegawai di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, berkata, beliau dijanjikan jawatan tinggi dalam J-KOM oleh Mr. H sekiranya dapat membantu untuk merakam perbualan video bersama Mohammad Agus. Bermula daripada beberapa siri pertemuan di hotel di sekitar Kuala Lumpur dan di pejabat Perdana Menteri (PMO) beliau telah diatur untuk berjumpa beberapa orang individu yang dikatakan berpengaruh. Peristiwa tersebut berlaku sekitar bulan ini iaitu November 2023 dan pernah juga mengadakan pertemuan bersama Mr. H di lokasi yang sama.

Semasa mengadakan pertemuan bersama Mr. H, beliau telah diberitahu oleh pihak tertentu bahawa Mohammad Agus terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral. Menurut Wahab lagi, beliau telah ditunjukkan oleh Mr. H perbualannya melalui aplikasi WhatsApp bersama beberapa individu yang dikatakan berpengaruh untuk menjatuhkan Mohammad Agus. Disebabkan perbuatan Mohammad Agus yang dikatakan tidak bermoral, maka Mr. H dan orang-orang berpengaruh tersebut perlu menjatuhkan beliau. Kata Wahab lagi dalam sidang media pada Jumaat.

Pada hari Khamis yang lepas, tersebar di media sosial sebuah klip video yang memaparkan individu yang mirip sekali dengan Mohammad Agus dan video tersebut telah mendapat kecaman yang hebat dari orang ramai. Menurut perbualan video tersebut sebenarnya tiada audio, cuma video sahaja yang dirakam. Bagaimanapun, jelasnya, dia terkejut apabila mendapati rakaman video tersebut telah disebarkan menerusi satu akaun Facebook.

Lebih memeranjatkan lagi video tersebut telah didapati disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka menggunakan ‘voice over’ untuk memerangkap dengan niat untuk menunjukkan bahawa saya dan Datuk terlibat di dalam aktiviti yang jelek dan tidak bermoral. Menurut Wahab lagi, di sini beliau ingin menegaskan bahawa kandungan audio di dalam video tersebut adalah palsu, direka dan tidak benar. Tujuan perbuatan itu dilakukan adalah semata-mata untuk memburukkan nama baik Mohammad Agus dan dirinya. Ujar beliau lagi.

Susulan daripada peristiwa tersebut, Mohammad Agus telah pun menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada hari Khamis minggu lepas dan surat tersebut telah ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim. Moral daripada kisah ini, dapat ditafsirkan bahawa wang, jawatan dan kuasa adalah permainan di dalam politik. Manusia sering menjatuhkan antara satu sama lain demi mendapatkan kuasa dan kedudukan.

#PrezCom