Kuala Lumpur, 21 November 2023, 4.00 petang – GAYA hidup sihat melibatkan aspek kesihatan dalam kehidupan individu. Menurut definisi dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sihat bermaksud tidak mengalami penyakit, dengan kata lain, individu yang bebas dari penyakit. Gaya hidup sihat dapat membantu mencegah berbagai jenis penyakit, termasuk obesiti yang menjadi masalah bagi separuh populasi rakyat Malaysia.

Tahukah Anda bahawa amalan gaya hidup sihat sebaiknya dimulai dari rumah? Ya, penting bagi kita untuk menerapkan gaya hidup sihat di rumah agar menjadi pemangkin utama bagi kesehatan diri dan keluarga. Jadi, apakah amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan di rumah? Berikut adalah 4 amalan mudah yang kita terus boleh lakukan setiap hari.

Pertama, kita boleh melakukan latihan senaman ringan. Contohnya, latihan tekan-tubi, lompat bintang, dan lain-lain. Jika Anda tidak tahu jenis latihan apa yang hendak dilakukan, YouTube dan TikTok adalah sumber rujukan termudah dan terpantas bagi kita mendapatkan idea. Apa yang penting adalah menjadikan senaman ringan sebagai salah satu rutin hidup kita.

Kedua, kita perlu merancang tabiat pengambilan makanan harian kerana pola pemakanan sangat penting bagi menjadikan badan sihat dan cergas. Misalnya, kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Hal ini dapat membantu mencegah berbagai penyakit berbahaya, seperti serangan jantung, kencing manis, obesiti dan pelbagai lagi. Sebaliknya tukar tabiat makanan kita dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak .

Selain senaman ringan dan merancang tabiat pengambilan makanan, tidur dan rehat yang cukup adalah amat penting dan sangat memberikan manfaat kepada tubuh badan dan kesihatan kita, seperti meningkatkan kecerdasan mental, meningkatkan daya fokus yang tinggi, dan membantu sistem pencernaan. Biasanya orang yang mendapatkan rehat dan tidur yang cukup adalah lebih produktif dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Akhir sekali, amalan gaya hidup sihat yang memberikan impak yang tinggi adalah dengan mengambil air yang secukupnya untuk badan. Air mengandungi sifar kalori dan boleh membantu kita menjaga berat badan selain boleh menyingkirkan toksin dan sekali gus menjadikan kulit lebih sihat. Institute of Medicine pernah mengeluarkan kenyataan bahawa untuk perempuan dewasa pengambilan air adalah sebanyak 2.5 liter manakala untuk lelaki dewasa secara idealnya adalah lebih kurang 3.5 liter sehari.

Note: Bagi individu yang mempunyai masalah buah pinggang anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor diatas pengambilan air yang secukupnya untuk badan.

#BetterWorld
#BetterLife
#BetterLiving
#DedicatedCause

#PrezCom