Kuala Lumpur, 19 November 2023, 10.58 malam – SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, scammer kini menukar kaedah daripada mempromosikan kerja kosong dengan menawarkan mangsa untuk menjadi pengedar. Modus 0perandi menawarkan pekerjaan di luar negara telah lama dikesan dan kini mereka menggunakan kaedah baharu dengan menawarkan peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat.

Scammer kini tidak menjadikan tawaran perkerjaan sebagai mata kail untuk memancing mangsa, tetapi menggunakan produk-produk terterntu sebagai perniagaan. Scammer menawarkan jawatan sebagai pengedar kepada yang berminat untuk menjadi peniaga dan meminta mangsa menjalankan perniagaan di luar negara sebagai pengedar tetapi sebaliknya menjadikan mangsa sebagai alat pemerdagangan manusia.

Hishamuddin berkata, berdasarkan laporan yang diterima, lebih 1,000 mangsa pemerdangangan manusia dipercayai masih berada di Myanmar, dan belum dapat dibawa keluar daripada negara tersebut kerana isu logistik. Ramai mangsa dipercayai berjaya melarikan diri dari sindiket tersebut tetapi gagal dibawa pulang kerana terdapat masalah pengangkutan dan penempatan.

Memandangkan berlaku peperangan di Myanmar, menyebabkan sindiket tidak dapat menjalankan operasi dan mereka yang berjaya melarikan diri masih sukar diselamatkan untuk dibawa pulang ke Malaysia kerana akses melalui negara tersebut telah terputus. Maklumat yang diperolehi sekarang ini adalah jalan yang dekat untuk mereka balik ke Malaysia adalah melalui China tapi tidak dibenarkan.

Salah satu cara untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa adalah dengan mengadakan rundingan dengan negara China supaya misi menyelamat rakyat Malaysia yang berada di Myanmar dapat diselamatkan melalui negara itu. Terdapat jambatan yang telah dibom dan ia telah musnah menyebabkan ia terputus dan menyukarkan untuk bawa mereka pulang ke Malaysia.

Hishamuddin menjelaskan, masalah kewangan adalah perkara utama yang menjadi penghalang kepada setiap usaha menyelamat yang dihadapi. Apabila mangsa-mangsa ini diselamatkan, ia melibatkan pengangkutan, pembayaran kompaun kepada Imigresen daerah terbabit kerana mereka kebanyakan telah tinggal lebih masa, kos untuk tinggal di hotel atau kediaman sementara menunggu urusan dokumentasi untuk dibawa pulang dan tiket kapal terbang. Maklumat tidak rasmi kami peroleh, pihak kedutaan juga tak ada peruntukan untuk buat bayaran dan kita mengharapkan keluarga mangsa, tapi kebanyakan mereka juga tiada kemampuan,” katanya.

Disebabkan berbagai kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan mahu pun NGO yang menjalankan usaha menyelamat, rakyat Malaysia perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dengan sindiket memperdangangan manusia. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran lumayan dari pihak yang tidak dikenali. Selain dari itu, perlu dilakukan kawalan dan sekatan perjalanan terhadap golongan berisiko. Anak-anak muda yang masih mentah perlu diingatkan tentang bahaya keadaan sekarang dimana terdapat berbagai bentuk penipuan dilakukan oleh orang-orang yang jahat dan tidak bertanggungjawab.

Hishamuddin mencadangkan kepada Imigresen untuk cari satu punca kuasa supaya dapat menghalang individu yang berisiko untuk menjadi mangsa. Perlu adakan kawalan di pintu sempadan supaya tidak dibenarkan mereka untuk keluar negara. Tetapkan kriteria mereka berisiko ini contohnya masih muda, tak ada sejarah perjalanan ke mana-mana negara, tidak mempunyai sebarang kontrak kerja, tiada simpanan dalam akaun, dan pertama kali buat pasport,” katanya.

Beliau menambah sudah sampai masanya tawaran-tawaran kerja perlu mendapat kelulusan tertentu daripada agensi-agensi berkaitan supaya syarikat berkelayakan dan ditapis oleh Kementerian Sumber Manusia dibenarkan membuat pengiklanan kerja kosong.

#PrezCom