Kuala Lumpur, 19 November 2023, 7.47 malam – TIDAK boleh ‘over confident’ malah perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman 2 Disember ini. Begitulah kata-kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kepada parti PERIKATAN NASIONAL (PN). Namun, maklum balas yang diterima sangat positif dan mendapat kerjasama dari semua gabungan parti. Memandangkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri mempunyai kelebihan dan pengalaman dalam politik maka itu PAS meletakkan beliau sebagai calon pada PRK tersebut.

Dalam ucapannya pada sidang media selepas Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin Peringkat Negeri Kelantan malam tadi, Tuan Ibrahim berkata, jika calon yang diketengahkan menang maka dapatlah membawa agenda negeri ke peringkat Pusat secara terus di Parlimen. Oleh itu PAS perlu memastikan rakyat keluar mengundi supaya peratusan dan sokongan dapat dipertingkatkan.

Pada PRK 2 Disember ini Dr Samsuri akan berdepan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor secara satu lawan satu. Tuan Ibrahim berkata, mencalonkan Menteri Besar di PRK Kemaman ini memberi kelebihan kerana lebih dikenali oleh penduduk tempatan berbanding calon BN. Hadir sama, Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud dan pimpinan utama kerajaan negeri.

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, telah banyak membawa legitimasi menerusi pentadbiran kerajaan negeri termasuk di Kemaman antaranya dalam aspek kewangan negeri di mana dua tahun berturut-turut tidak mendapat teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara. Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, oleh kerana akaun negeri yang telus dan baik di dalam satu penilaian yang telah dibuat oleh satu institusi yang menilai ketelusan penyediaan akaun-akaun kerajaan negeri. Negeri Terengganu mendapat markah tertinggi dari segi ketelusan akaun,” ujarnya.

Lawan kepada Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Pemilihan Mohamed Affandi sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, sebagai peluang untuk beliau membalas budi kepada negara. Beliau sudah lebih 40 tahun mencurah khidmat khususnya dalam bidang ketenteraan, dan bersedia menyahut seruan untuk terbabit dalam dunia politik selepas ini.

Menurut Affandi, Kepercayaan diberikan bernilai sangat tinggi. Beliau akan berusaha memastikan kepercayaan itu, dibayar balik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRK Parlimen Kemaman yang disempurnakan oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Menara Dato’ Onn.

#PrezCom