
Kuala Lumpur, 18 November 2023. 8.15 malam – AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni antara dua nama disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang baharu. Adakah benar mereka berdua itu adalah pilihan yang sesuai? Susulan perletakan Jawatan Agus, kemungkinan calon penganti beliau akan disenaraikan.
Menurut laporan media, Mohammad Agus berkata, surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin. Menurut Agus, beliau telah mendapat tawaran perkerjaan yang baru dan ia tidak kena mengena dengan mana-mana pihak atau memberi tekanan supaya beliau meletakan jawatan.
Mohammad Agus dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada Februari lalu, namun sejak beliau sertai jabatan terbabit, banyak menerima kritikan berikutan disifatkan kurang berkesan dalam memainkan peranannya mengwar-warkan maklumat berkaitan pelbagai manfaat dan insentif disediakan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat. Beberapa pihak terutama wakil rakyat pembangkang turut menggesa J-KOM dibubarkan.
Salah satu nama besar yang disebut untuk mengganti Agus adalah Datuk Lokman Adam. Lokman mula melibatkan diri dalam arena politik seawal usia lima belas tahun dan pernah menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN dan UMNO, Panel Pemikir Penjenamaan Semula BTN dan Ahli Badan Pemikir Penerangan UMNO. Semasa menjadi Panel Pemikir JASA, beliau melakukan tugas menjawab isu-isu semasa bagi pihak kerajaan melalui penulisan, penghasilan infografik, video, penerbitan bahan-bahan gerak saraf selain menyampaikan ceramah isu semasa, membentang kertas kerja, menjadi panel forum dan debat mewakili kerajaan kepada kakitangan awam, jentera parti politik, NGO, pelajar dalam dan luar negara.
Lokman turut terlibat dalam melatih jentera parti serta jentera kerajaan melalui kursus pengucapan awam, gerak saraf, isu semasa dan termasuk melahirkan pemidato muda. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengarah Viral Command Center JASA dan KKMM. Semasa memegang jawatan tersebut, beliau diamanahkan untuk menapis isu-isu semasa setiap hari untuk diviralkan oleh jentera kerajaan serta media sosial selain memberi khidmat nasihat kepada kerajaan berhubung implikasi politik akibat daripada sesuatu keputusan, tindakan atau berita yang disiarkan oleh media kerajaan. Apakah sesuai Lokman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang Baharu?
#PrezCom