Kuala Lumpur, 17 November 2023, 2.47 petang – POS Malaysia Bhd (Pos Malaysia), mengorak langkah dengan menceburi bidang runcit dengan pembukaan kedai serbaneka Pos Shop. Mempelbagaikan cabang perniagaannya bagi membolehkan Pos Malaysia meraih sumber pendapatan baharu agar tidak hanya bergantung kepada operasi yang sedia ada seperti dahulu. Dengan memperluaskan bidang dan menambah segmen membolehkan Pos Malaysia begerak lebih maju kehadapan agar standing dengan badan koperat yang lain yang telah lama mempelbagaikan sumber bagi meraih pendapatan yang lebih. Selain itu, ia juga diharap akan terus kekal relevan selain menggunakan sepenuhnya aset sedia ada Pos Malaysia di seluruh negara.

Ketua Pegawai Transformasi dan Digital Kumpulan Pos Malaysia, Sumesh Rahavendra, berkata, Pos Malaysia sedang di dalam perancangan untuk membuka sembilan lagi cawangan Pos Shop di Pahang, Selangor, Johor dan Melaka menjelang akhir tahun ini. Buat masa sekarang, Pos Malaysia sudah pun mempunyai 2 cawangan Pos Shop di Medan Tuanku dan Brickfields, Kuala Lumpur. Pos Malaysia kini sedang menyasarkan untuk membuka sebanyak 50 cawangan Pos Shop di seluruh negara menjelang 2024.

Pos Shop ini merangkumi kedai runcit dan kafe. Jadi pembukaan Pos Shop kelak akan pelbagai dengan ada lokasi mempunyai keduanya atau hanya salah satu kedai runcit atau kafe bergantung kepada keperluan lokasi. Sumesh menjangkakan Pos Shop akan memberikan sumbangan pendapatan dua angka kepada kumpulan, katanya selepas pelancaran Pos Shop di sini hari ini. Memandangkan kumpulan Pos ini mempunyai lebih 630 pejabat pos di seluruh negara, adalah menjadi satu kebaikan supaya Pos Shop ini beropersi dipejabat Pos sahaja. Sesuatu yang sangat menguntungkan bagi Post Malaysia kerana mempunyai cawangan yang banyak diseluruh negara.

Menurut Sumesh lagi, Pos Shop menawarkan pengalaman dalam kedai dan kemudahan runcit yang menarik sambil berkhidmat kepada komuniti. Pos Shop kedua yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur juga bersepadu dengan Pos Laju Brickfields yang sedia ada, merangkumi lebih 1,100 kaki persegi ruang runcit. Cawangan pertama Pos Shop yang terletak di di Brickfields, Kuala Lumpur terletak disatu lokasi yang sama dengan Pos Laju Brickfields yang sedia ada, merangkumi lebih 1,100 kaki persegi ruang runcit. Selain dari menawarkan makanan dan minuman kepada para pelanggan dengan ruang yang selesa, Kumpulan Pos juga memperkenalkan Post Kafe yang pertama dengan berbagai kemudahan. Ravendran juga berkata, Kumpulan Pos komited untuk menyampaikan konsep peruncitan inovatif yang memberikan nilai tambah untuk para pelanggan mereka.

Sebagai organisasi yang bersemangat dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang, kami berazam untuk menyampaikan khidmat kepada komuniti setempat melewati batasan transaksi pos tradisional. Mereka juga sedang meningkatkan ruang runcit yang luas untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan.

#PrezCom.