Kuala Lumpur, 17 November 2023, 11.01 pagi – TUAN Man Tuan Ibrahim Timbalan Presiden Pas, telah mengumumkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, sebagai calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang akan menentang muka baru di dalam arena politik negara iaitu bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang dicalonkan oleh Barisan Nasional untuk PRK Kemaman ini. Pengumuman itu dilakukan di Arena Square, Chukai Terengganu. Ahmad Samsuri merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dan Naib Presiden Pas. Menurut Tuan Ibrahim, lima nama calon berada dalam senarai akhir untuk dinilai dan melalui tapisan yang teliti.

Kelima – lima calon yang disenaraikan adalah yang terbaik dikalangan pemimpin yang berada di dalam parti PAS sekarang dan telah dipersetujui oleh seluruh pucuk pimpinan parti dan akar umbi. Susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid. Maka itu PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan. Kerusi Parlimen Kemaman sememangnya milik kepunyaan PAS setelah Alias menewaskan Bekas Menteri Besar Terengganu dari BN pada Plihan Raya Umum(PRU) ke-15 yang lalu iaitu Datuk Seri Ahmad Said dengan majoriti 27,179 undi sekali gus menyaksikan Pas mendominasi kesemua lapan kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Pada PRU-14 Alias telah menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan majoriti 2,163 undi. Kerusi Parlimen Kemaman terus didominasi oleh PAS sehingga PRU-15 yang lalu. Alias memperoleh 39,878 undi manakala Ahmad Shabery memperoleh 37,715 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Huzaifah Md Suhaimi (12,911 undi). Pengumuman mengenai pencalonan sebagai calon PRK Kemaman dibuat oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah perdana majlis pengisytiharan calon PAS PRK Kemaman di sini malam tadi.

Dewan Rakyat menerima pemakluman kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kemaman, menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul. Beliau dalam kenyataan berkata, pemakluman kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen berkenaan, diberitahu menerusi surat bertarikh 11 Okt daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Menurut Johari, pemberitahuan itu selaras dengan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, berikutan keputusan Hakim Pilihan Raya pada 26 Sept, yang mengisytiharkan (keputusan) Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pilihan bagi kawasan Parlimen Kemaman pada 19 Nov 2022, adalah terbatal.

Beliau berkata penyandang kerusi Parlimen itu Che Alias Hamid daripada Pas, juga tidak mengemukakan rayuan yang berakhir semalam (10 Okt), selaras dengan Seksyen 36A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sehubungan itu, beliau berkata SPR akan mengadakan satu pilihan raya, bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan. Pada Jun lepas, kemenangan PN di Parlimen Kuala Terengganu turut dibatalkan atas alasan sama, namun Pas tidak merayu keputusan itu sekali gus membawa kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak dengan PRN di enam negeri lain pada bulan lepas.

#PrezCom