Kuala Lumpur, 17 November 2023, 6.25 petang – SEORANG lelaki berusia 30 tahun telah dijatuhkan hukum penjara selama 12 tahun dan 3 sebatan oleh Mahkamah Seksyen Melaka kerana telah melakukan rompakan bersenjata, awal bulan ini. Abdul Qayyum Mokhtar, dijatuhi hukuman itu atas tiga pertuduhan yang dihadapkan kepadanya. Abdul Qayyum didapati bersalah melakukan dua rompakan bersenjata di dua kedai serbaneka berlainan menggunakan sepucuk pistol tiruan, satu stapler gun dan pisau dengan melarikan 18 kotak rokok serta wang tunai berjumlah RM1,067.
Kesalahan tersebut telah dilakukan pada 2 dan 4 November 2023 kira-kira pukul 2.15 pagi dan pukul 3.28 pagi di KK Mart Taman Bendahara dan KK Supermart & Superstore Taman Seri Cempaka, Peringgit dalam daerah Melaka Tengah.
Bagi pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Darmafikri Abu Adam, Abdul Qayyum mengaku menggunakan sebilah pisau dan melarikan 10 kotak rokok dan wang tunai berjumlah RM421. Ia merupakan rompakan bersenjata yang dilakukan olehnya. Perbuatan itu dilakukan di KK Supermart & Superstore Taman Semabok dalam daerah Melaka Tengah pada 3 November 2023 kira-kira pukul 2.30 pagi.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim yang mengendalikan kes ini memohon supaya hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira senjata digunakan sehingga menimbulkan ketakutan terhadap mangsa. Abdul Qayyum mempunyai seorang ibu yang juga pesakit jantung dan mempunyai 2 orang anak yang masih didalam jagaannya merayu agar hukuman diringankan. Abdul Qayyum tidak diwakili oleh mana-mana peguam.
Mohd. Sabri dan Darmafikri menjatuhkan hukuman penjara empat tahun serta satu sebatan bagi setiap pertuduhan yang berjalan secara berasingan.
#PrezCom