Kuala Lumpur, 16 November 2023, 9.06 malam – PENGALAMAN seorang pemilik restoran yang pernah menempuh kesusahan hidup, telah mendorong beliau untuk membantu sesiapa sahaja yang berada didalam kesusahan dan perlu kan makanan. Pemilik restoran D’Tok Ngulu, Arlimin Che Ayob, 41, dan isterinya, Nor Solihah Nasir, 36, bermurah hati untuk menghalalkan setiap hidangan yang dimakan oleh pelanggan di restorannya sekiranya mereka tidak mempunyai wang.

Pasangan suami isteri itu telah membuat dua surat pemberitahuan kepada sesiapa yang memerlukan makanan dengan menulis pesanan ” Kepada yang betul-betul tak ada duit nak makan dan minum, jangan malu jangan segan. Makan la sampai kenyang. Bagitau saya atau staff-staff saya. Kalau segan atau malu nak bagitahu, buat senyap-senyap je.”

Inisiatif ini bukan sahaja baru diusahakan, malah ia telah bermula sejak lima tahun lalu. Menurut Arlimin, niat beliau untuk membantu golongan yang susah telah mendorong beliau dan isterinya untuk membuka restoran tersebut sebagai salah satu amal jariah dari dirinya dan keluarga.

Baru-baru ini tular dimedia tentang usaha baik Arlimin dan isteri yang mendapat pujian dari warganet yang menyifatkan beliau dan isterinya berniaga bukan sekadar mendapatkan keuntungan semata-mata, sebaliknya mencari saham akhirat. Arlimin berkata mereka juga mengalami pengalaman seperti ini yang tidak cukup duit untuk makan.

Disebabkan pernah melalui hidup yang sempit sebelum ini beliau bertekad untuk membantu dengan membuat konsep ” tidak ada duit tak perlu bayar” kerana ada yang malu untuk memberitahu tetapi mereka lapar. Jadi tak perlu segan kerana beliau dan kakitangan direstorannya amat memahami situasi tersebut.

Arlimin dan isteri tidak pernah menggunakan konsep ” bayar seikhlas hati”. Kalau tidak cukup duit makan sahaja direstoran beliau. Baki duit yang ada didalam beg orang-orang tersebut gunakanlah untuk perkara lain. Tak perlu bayar pada beliau untuk makanan tadi. Arlimin menyatakan perkara itu ketika ditemui di restoran miliknya di Indera Mahkota di sini pada Rabu.

Walaupun kaedah dikatakan tiada keuntungan, namun bapa kepada dua anak ini yakin amal jariah yang dilakukan dalam membantu golongan memerlukan mendapat balasan setimpal daripada ALLAH. Sehingga kini restoran milik lelaki yang mempunyai dua anak ini masih bertahan walaupun dikatakan tidak mendatangkan keuntungan namun, nikmat dari apa yang diusahakan selama ini dapat dirasai kerana keikhlasan beliau yang dibalas oleh Allah.

Kita berpegang apa janji ALLAH dan alhamdulillah rezeki masih berlipat ganda walaupun kita beri makan secara percuma pada insan lain, namun masih ada individu yang (hadir) membantu apabila membuat bayaran lebih daripada jumlah hidangan mereka. “Malahan, ada juga dalam kalangan mereka (pelanggan) mahu bersama untuk infaq sebahagian wang mereka untuk membantu kita meneruskan pemberian makanan secara percuma,” katanya yang memaklumkan isterinya adalah insan penguat semangat dirinya.

Menurut Solihah pula, beliau amat memahami niat suaminya kerana pengalaman mereka sewaktu belajar dahulu. Solihah amat menghargai sumbangan dan infaq dari orang ramai yang ingin bersama membuat amal jariah kepada golongan yang tidak berkemampuan. Solihah turut memberi sokongan yang penuh terhadap apa yang diusahakan oleh suaminya. Pada pandangan beliau tidak ada kerugian terhadap apa yang dia dan suaminya lakukan dengan membuka konsep perniagaan seperti itu.

Pada masa yang sama Arlimin bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan seperti itu dengan menggunakan konsep yang sama pada masa akan datang .

#PrezCom