
Kuala Lumpur, 16 November 2023, 4.00 petang – PENGARAH Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, apabila gangguan pengeluaran berlaku, ia sekali gus menyebabkan rantaiannya mengalami kenaikan. Kini timbul pula cerita akan berlakunya krisis kekurangan gula dipasaran tempatan. Pengarah Datuk Ameer Ali Mydin berkata, harga barangan asas dipasaran antarabangsa sudah mulai naik. Ini bermaksud harga gula juga dijangkakan naik memandangkan gula mempunyai harga kawalan iaitu 1 kilogram (kg) RM2.85. Harga gula antarabangsa sekarang dah naik antara RM3.60 hingga RM3.80 untuk 1 kg (bagi beg 50 kg). Logiknya, kalau harga beza, akan berlaku ketirisan.” “Sekarang pun sudah ada pasar raya yang meletakkan had pembelian lima peket saja. Maknanya, apabila sudah ada had, ada masalah,” katanya kepada Harian Metro.
Bagi menangani isu itu, katanya, kerajaan telah meluluskan permit import (AP) kepada 43 syarikat bagi membawa masuk 557,080 tan metrik gula supaya bekalan untuk rakyat sentiasa stabil, namun hanya 22,547 tan metrik atau 4.05 peratus dapat dibawa masuk hingga Khamis lalu. Bagi mengelak kerugian berterusan, pengilang tempatan mengurangkan pengeluaran menyebabkan gangguan bekalan gula (dalam pasaran tempatan). Mereka merayu harga dinaikkan tetapi kerajaan belum ambil keputusan. Kerajaan mengkaji unjuran harga gula antarabangsa dan dijangka meningkat. Kenaikan harga gula mentah sebanyak 52 peratus pada peringkat antarabangsa ketika ini menyebabkan peningkatan kos pengeluaran pada pengilang tempatan tetapi pada masa sama, harga gula dikawal oleh kerajaan.
Pendekatan kita sejak awal tahun ini ialah membuka AP import. Malangnya, jumlah gula dibawa masuk itu rendah dan ianya tidak selesai serta masih tidak mampu membawa masuk gula kerana harga tinggi di peringkat antarabangsa. Jadi, kerajaan sedang mencari jalan selesaikan isu ini supaya bekalan gula cukup untuk rakyat. Datuk Ameer Ali Mydin menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera sebelum masalah gula dan barangan asas yang lain turut mengalami kenaikan harga. Datuk Ameer juga mengingatkan kerajaan bahawa perlunya membuat sesuatu yang baik secepat mungkin. Tiada guna menjual gula atau apa-apa barangan asas dengan murah tetapi ada berlaku ketirisan. Kata Datuk Ameer lagi.
Pada 27 Ogos 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan bagi mencari penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah bekalan gula negara. Perbincangan tersebut melihabatkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi tujuan berkenaan. Isu berkaitan gula memerlukan penyelesaian jangka panjang yang membabitkan beberapa kementerian dan kita sedang berbincang mengenai mengelakan kenaikan.
#PrezCom