Kuala Lumpur, 16 November 2023, 12.16 pagi – JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) telah mengambil inisiatif untuk membuka pusat penempatan sementara bagi anak-anak warga asing yang sebelum ini tinggal di depot-depot tahanan Imigresen. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Bangunan Baitul Mahabbah, Jabatan Imigresen Malaysia ini terletak di Premis Tadika Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) KLIA di Nilai, Seremban. Sebahagian daripada kanak-kanak tersebut ditempatkan di premis ini. Kanak-kanak ini samada tinggal bersama penjaga atau pun tanpa penjaga.

Premis ini merupakan penempatan sementara bagi kanak-kanak ini sehinggalah urusan dokumentasi mereka dapat disiapkan dan kemudian mereka akan dihantar pulang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan premis tersebut. Sebagai permulaan, kita ada seramai 23 orang kanak-kanak dan 10 orang penjaga. Di sini kami sasarkan seramai 80 orang kanak-kanak apabila ia beroperasi sepenuhnya. Bangunan Baitul Mahabbah ini menempatkan anak-anak warga asing dan ibu mereka yang diambil dari Depot Imigresen Bukit Jalil, Depot Imigresen Semenyih, Depot Imigresen KLIA dan Depot Imigresen Eco Millennium, Beranang.

JIM akan memindahkan seramai 31 orang lagi kanak-kanak bersama 16 orang penjaga dalam waktu terdekat. Daripada jumlah kanak-kanak tersebut, seramai sembilan orang merupakan kanak-kanak lelaki dan 14 orang kanak-kanak perempuan. Penempatan sementara ini kita sesuaikan mengikut peraturan dan undang-undang dan gerakkan operasi ini bersandarkan kepada kerjasama agensi kerajaan dan juga agensi bukan kerajaan.

Penempatan sementara ini kita sesuaikan mengikut peraturan dan undang-undang dan gerakkan operasi ini bersandarkan kepada kerjasama agensi kerajaan dan juga agensi bukan kerajaan. Sekarang ini terdapat seramai 1,382 orang tahanan kanak-kanak (warga asing) yang berumur 18 tahun ke bawah, ini adalah sasaran kita untuk diberikan tempat perlindungan yang lebih mempunyai ihsan. Usaha ini tidak akan berhenti di sini dan kami akan teruskan pembukaan (Baitul Mahabbah),” tambahnya. Ujar beliau lagi, antara kemudahan yang disediakan di pusat penempatan sementara tersebut termasuklah ruang pembelajaran, bilik pemeriksaan kesihatan dan rawatan serta taman permainan kanak-kanak

#PrezCom