Kuala Lumpur, 15 November 2023, 9.06 malam – BISNES KOPI HIPSTER RM5 didominasi oleh golongan muda yang hanya bermula kecil-kecilan tapi sekarang berjaya membuka lebih cawangan perniagaan meraka. Disebabkan kerana cuaca di Malaysia ini panas, ianya menjadi salah satu faktor utama kenapa bisnes KOPI HIPSTER RM5 ini laris macam pisang goreng panas. Mungkin ada yang masih ragu-ragu dengan bisnes ni, memang ada pelanggan tapi boleh maju ke? Biasanya pertanyaan seperti ini ditujukan kepada diri sendiri. Tak nak lah duduk di takuk yang sama. Potensi bisnes ini sebenarnya sangat menyakinkan. Menjual air sebenarnya mampu memberi pulangan yang besar kepada penjual.
Bermulanya era tahun 2018 rasanya sudah banyak dikalangan belia yang membuka kiosk menjual kopi ala-ala hipster dengan harga RM5 membuatkan ramai pelanggan yang datang pun tak putus-putus. Dengan adanya media sosial pada masa sekarang produk Kopi Hipster ini mampu untuk diviralkan malah menjadi satu business yang berjaya jika kena dengan caranya. Tetapi bisnes ni memang tak rugi untuk dicuba dan ianya tak rumit seperti yang disangka.
Dengan bermodalkan bawah RM5000 sahaja anda mampu membuka “KIOSK KOPI HIPSTERS RM5” anda. Dari Mesin Brew Kopi, Blander, SERBUK KOPI SERIES BY MIXLAH, meja, payung, banner dan barang-barang lain sudah cukup untuk anda bermula sebagai “BARISTA JALAN”. Jualan kopi ini tidak pernah merugikan penjual malah terus diminati dan menjadi pilihan dengan harga yang berpatutan. Dari segi minuman yang anda hendak jual guna sahaja SERBUK MINUMAN YANG PADU NI DARI MIX-LAH, terdapat pelbagai jenis minuman yang anda boleh buat seperti KOPI, COKLAT, VANILLA, GREEN TEA, STRAWBERRY dan macam-macam lagi tambah pula, dengan hiasan TOPPING dan Whipped Cream menaikan lagi selera untuk pelanggan membeli.
Memang tak dinafikan, banyak sebenarnya kiosk yang menjual menu yang sama tapi semuanya bersaing dengan sihat dan mereka ni ada peminat yang tersendiri. Seperti mana perniagaan lain, tak dinafikan juga pengaruh media sosial memang kuat, usahawan bisnes sebegini memang kerap memuat naik status perniagaan mereka, penambahan atau perubahan menu serta promosi bulanan. Dan disitu juga lah pelanggan dapat berinteraksi secara virtual dan memberikan komen mereka mengenai menu mahupun service supaya usahawan muda ni boleh menambah baik mutu perniagaan mereka dan terus berkembang.
#PrezCom