Kuala Lumpur, 14 November 2023, 7.30 malam – DR. Mahathir meletak jawatan Perdana Menteri pada Februari 2020 dan BERSATU yang diketuai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan gabungan PH bersama 11 Ahli Parlimen PKR. Selepas meletak jawatan, Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri sementara dan menyarankan idea kerajaan perpaduan dengan semua parti yang mempunyai wakil di Parlimen mengambil bahagian, namun ditolak oleh pelbagai pihak. Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas parti diterajuinya, BERSATU bersama PH yang diterajui Anwar berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 2018.
Menurut Mahathir, beliau sudah berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh pentadbiran PH sebagai kerajaan di peringkat Persekutuan. DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), memilih beliau untuk jadi calon Perdana Menteri dan mereka juga menentukan beliau untuk menjadi Perdana Menteri bagi memberi peluang kepada Anwar jadi Perdana Menteri dan beliau juga menerimanya. katanya dalam rakaman podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, yang disiarkan hari ini.
Tidak lama kemudian PH telah hilang kuasa dan kedudukan disebabkan Langkah Sheraton. Walaupun beliau pernah bersetuju supaya Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi ia tidak dapat ditunaikan kerana PH telah kalah dan hilang majoriti. Disebabkan kemungkinan berlaku selisih faham antara DS Azmin Ali dan parti PKR, maka itu Azmin telah melakukan “langkah Sheraton”. Mahathir menjelaskan beliau tidak dapat melakukan apa-apa kerana partinya pada waktu itu sudah hilang majoriti.
Dalam pada itu, Mahathir menjelaskan bahawa beliau berasa bertanggungjawab untuk menyuarakan pandangan jika merasakan seseorang Perdana Menteri melakukan tindakan yang tidak baik untuk negara dan orang Melayu. Beliau bersedia untuk memberikan sokongan kepada mana-mana pemimpin yang boleh melakukan sesuatu yang betul untuk memulihkan Malaysia. Lazimnya beliau akan memberikan masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk melihat apa yang boleh dilakukan oleh individu yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Di dalam wawancara bersama KJ dan Shahril Hamdan di dalam rancangan “Keluar Sekejap” Mahathir berkata, Anwar Ibrahim menjadi lebih buruk daripada orang yang dia mahu laksanakan reformasi selepas menjadi perdana menteri. Anwar, yang memulakan gerakan Reformasi pada penghujung 90-an, pernah menuntut agar pemerintahan BN ditamatkan dalam kerajaan tetapi kini bekerjasama dengan gabungan itu dalam pentadbiran semasa. Beliau berkata Anwar mempunyai perbezaan sebelum menjadi Perdana Menteri dan Selepas menjadi Perdana Menteri.
Mahathir meneruskan penjelasan dengan mengatakan “Apabila dia menjadi Perdana Menteri, dia menjadi lebih teruk daripada orang yang dia mahu reform,” kata bekas Perdana Menteri itu pada episod terbaru program Keluar Sekejap, yang dihoskan oleh bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan. Mahathir berkata, antara contoh adalah apabila Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atas semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram pada September lalu. “Dia (Anwar) bercakap, dulu lain, sekarang lain.Katanya lagi.
“Apabila saya ambil dia masuk dalam Umno, dia ketika itu dilihat sebagai orang yang kuat pegangan agama. “Kita harap dia dapat suntik dia punya pengetahuan dalam Umno, supaya Umno juga dilihat berpegang pada agama. “Tetapi apabila dia masuk dalam bidang lain, dan jadi perdana menteri, benda yang kita harap dia akan urus, berlaku sebaliknya, tak seperti dijanji,” katanya. Mahathir mengatakan bahawa untuk mencapai matlamat, dia percaya kepada pendekatan “musuh kepada musuh anda adalah kawan anda”.”Kita nak guna DAP umpamanya, nak dapat majoriti. Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Najib Razak akan terus jadi perdana menteri,” katanya merujuk kepada kerjasamanya dengan PKR dan DAP sebelum ini.
#PrezCom