Kuala Lumpur, 14 November 2023, 9.00 malam – PENGUMUMAN Raja Mohamed Affandi sebagai calon langsung bukan kali pertama dilakukan oleh BN, sebaliknya pernah meletakkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor sebagai calon langsung bagi PRK Parlimen Cameron Highlands. Di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman ini, UMNO/BN telah meletakkan Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, diumum sebagai calon. Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRK Kemaman, di Menara Dato’ Onn semalam.
Ahmad Zahid berkata pemilihan Raja Mohamed Affandi, 66, setelah mendapat persetujuan daripada seluruh peringkat kepimpinan UMNO dan BN, untuk memberi peluang kepada calon langsung itu bagi merebut semula kerusi Parlimen berkenaan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini, manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov. Mohamed Affandi berkata, beliau berfikir panjang apabila diberikan tawaran ini. Menurut beliau sudah sampai masanya untuk berikan balik apa yang ada padanya sepanjang 40 tahun ini kepada negara kita, dan khususnya bagi Kemaman. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan diberikan ini. Ia nilai yang sangat tinggi dan akan berusaha untuk memastikan kepercayaan itu dibayar balik. katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata, beliau percaya faktor calon serta strategi yang bertepatan oleh BN dan Kerajaan Perpaduan, boleh meningkatkan kemungkinan untuk merampas kembali kerusi tersebut daripada Perikatan Nasional (PN). Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Mohammed Affandi, biarpun bukan ahli UMNO, tetapi beliau bukan orang luar, sebaliknya dibesarkan di Kemaman, dan keluarganya juga berada di Kemaman.
Mohamed Affandi diyakini dapat menabur perkhidmatan, dengan terus membangunkan Kemaman, terutamanya kampung-kampung tradisional, FELDA, Felcra, kampung Orang Asli, masyarakat pinggir bandar dan bandar untuk orang-orang Cina, dan kita juga akan menyantuni seramai lebih 7,000 pengundi India, dan hampir 7,000 pengundi Cina di Kemaman, di samping lebih 300 pengundi Orang Asli. Ahmad Zahid berkata, Mohamed Affandi telah melakukan banyak jasa kepada negara sepanjang 40 tahun berkhidmat sebagai tentera, dan beliau sendiri mengakui keberadaannya dalam kerjaya sebahagian besar kerana jasa UMNO dan BN.
Pada 26 Sept lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pada 3 Oktober lalu, Pas memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kemaman yang membatalkan kemenangan parti itu. Pertembungan empat penjuru di Parlimen Kemaman sebelum ini menyaksikan Che Alias menang majoriti 27,179 undi dengan memperoleh keseluruhan 65,714 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (BN) yang mendapat 38,535 undi.
#PrezCom