KualaLumpur, 13 November 2023, 6.16 petang – BERDASARKAN maklumat yang diterima daripada ketua bahagian dan ahli BERSATU yang lain, kebanyakan ahli dan segelintir pemimpin BERSATU sudah mula mengatur langkah untuk menyokong kerajaan. Mereka tak yakin BERSATU akan mampu bangkit daripada kesan pertuduhan sebesar kes Jana Wibawa dan mungkin BERSATU tidak akan mampu bertahan sehingga PRU akan datang. Pemimpin kanan yang enggan namanya disiarkan, mendakwa situasi itu berlaku susulan siasatan dan pendakwaan terhadap beberapa pemimpin parti yang dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram (AMLA) Jana Wibawa.
Menurut sumber lagi terdapat lima lagi ahli Parlimen daripada BERSATU akan mengisytiharkan sokongan masing-masing terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat. Tindakan menyokong Kerajaan Perpaduan bukan sahaja akan membabitkan dalam Semuanya bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pihak yang memujuk untuk meyakinkan mereka supaya menyokong kerajaan. Ramai dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ketua-ketua bahagian dan yang memegang jawatan dalam sayap sedang menunggu masa untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan.
Menurut sumber lagi,setiap wakil rakyat BERSATU adalah di antara RM4 juta hingga RM6 juta setiap seorang. Jumlah Ahli Parlimen dari BERSATU yang dikatakan menyokong pihak kerajaan bukan kerana wang tetapi wang merupakan sumber untuk segala-gala keperluan untuk rakyat. Maka itu wang merupakan penggalak untuk mereka bertindak untuk keluar parti dan menyokong kerajaan. Tidak dinafikan juga terdapat diantara mereka yang berkemungkinan mahu melepaskan diri dari didakwa atas apa – apa kesalahan.
Setakat ini terdapat 4 Ahli Parlimen yang telah menyatakan sokongan terhadap kerajaan dengan alasan untuk mendapatkan peruntukan bagi rakyat dikawasan mereka .melalui Ahli Parlimen tersebut. Tindakan menyokong Kerajaan Perpaduan dimulakan dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzukarnain Abdul Khalid, disusuli Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, sebelum Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik yang akan menyusul..
Disebabkan itu, pihak parti BERSATU akan membuat laporan polis serta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam masa terdekat berhubung pernyataan penarikan sokongan pemimpinnya kepada kerajaan dan kemungkinan terdapat tawaran habuan lumayan yang diberikan kepada mereka sehingga mengubah pendirian dengan menyokong pimpinan kerajaan pimpinan Anwar.
#PrezCom