Kuala Lumpur, 13 November 2023, 1.48 tengahari – DALAM tempoh 2 bulan ini, kita semua digemparkan dengan kes kematian kanak-kanak akibat tertinggal oleh ibu atau bapa masing-masing di dalam kereta kerana terlupa bahawa anak ada bersama mereka untuk dihantar kepada pengasuh atau taska. Ini berkemungkinan kerana ibu bapa tersebut terlalu memikirkan hal kerja atau terlambat.
Disebabkan kerapnya isu ketinggalan anak di dalam kereta hingga menyebabkan kematian, maka Kementerian Wanita, Pembangunan dan Masyarakat (KPWKM) telah mewajibkan pengendali taska dan tadika segera menghubungi ibu bapa, jika ada anak mereka tidak hadir ke kelas seperti biasa. Susulan kekerapan kes kanak-kanak maut selepas ibu bapa yang terlupa bahawa anak mereka tidak lagi dihantar ke pusat penjagaan, KPWKK telah melaksanakan beberapa langkah bagi mengelakan kejadian yang sama berlaku.
Diantara langkah yang diambil adalah, pengendali taska dan tadika perlu mendapatkan nombor telefon tambahan kalangan ahli keluarga kanak-kanak selain ibu bapa bagi membolehkan tindakan segera diambil jika berlaku kecemasan. KPWKM memperbaharui SOP susulan tiga kes kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta dalam tempoh dua bulan ini. Diantara sebab mengapa berlaku ketinggalan anak di dalam kereta adalah, berlaku salah faham seperti kemungkinan biasanya ibu yang menghantar anak, tetapi pada hari itu tiba-tiba bapa pula yang menghantar dan dia terlupa ke taska sebaliknya terus ke pejabat dengan anaknya terkunci di dalam kereta.
#PrezCom