Kuala Lumpur, 12 November 2023, 7.45 malam – PAS mulai mentadbir negeri Kedah di bawah era Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak dengan kemenangan bersama Pakatan Rakyat pasca PRU ke-12. Ketika itu, PAS menyumbang 16 kerusi DUN kepada Pakatan Rakyat sekali gus menafikan peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan negeri Kedah. Namun, Kerajaan itu hanya bertahan sepenggal.
dapat mengambil alih Kerajaan pada Mei 2020 selepas beberapa polemik parti pemerintah ketika itu. Pada tahun 2018 iaitu PRU14, PAS dikurniakan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN ).
Pada PRU-15, Kedudukan PAS dikukuhkan dengan gabungan bersama parti BERSATU dan GERAKAN membentuk keseluruhan 33 kerusi DUN. Ini bukan sahaja menyaksikan kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Kedah, bahkan melebihi majoriti 2/3 kerusi DUN. Kedudukan ini dikukuhkan dengan gabungan bersama parti BERSATU dan GERAKAN membentuk keseluruhan 33 kerusi DUN. Ini bukan sahaja menyaksikan kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Kedah, bahkan melebihi majoriti 2/3 kerusi DUN.
YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi selaku ADUN Jeneri yang beliau juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, pertama kalinya diangkat sebagai Menteri Besar Kedah. kesinambungan kerusi yang dimiliki PAS dalam PRN kali ini mengukuhkan tapak asasnya sebagai parti pilihan utama majoriti Melayu-Islam di negeri ini. Bahkan didapati juga bangsa-bangsa lain yang juga mula menerima PAS dalam berkerajaan.
Prof Dr Haim Hilman menebus jiwanya di N.06 Jitra dengan majoriti 23,172 undi. Bekas pemain bola sepak Kedah juga ikon belia, Baddrrol Bakhtiar pula memecahkan tembok di N.22 Gurun dengan majoriti 6,584 undi. Manakala Bendahari PAS Kedah, Ustaz Azizan Hamzah mengenepikan dua calon lawan dengan majoriti yang besar iaitu 11,665 undi. Inilah PAS yang ada di dalamnya anak muda, golongan profesional, ulama’, wanita dan sebagainya, mengendong bersama-sama cita-cita Islam yang didukungnya
Harus dipercaya bahawa kejayaan hari ini sebenarnya telah dibentuk oleh prinsip perjuangan golongan terdahulu. PAS hanya menyambung rantaian perjuangan. Menjadi tugas hakiki kepada semua untuk menyediakan suatu legasi besar untuk disambut oleh generasi akan datang.Saya mendoakan Kedah menjadi lubuk kekuatan PAS sebagaimana yang lama dijelmakan oleh Kelantan dan Terengganu. Seterusnya mencapai hasrat ‘The Greater Kedah‘, sebuah negeri yang ‘Sejahtera dan Berdaya Huni’ menelusuri perancangan Pelan Kedah 2035. Kedah, tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti.
#PrezCom