Kuala Lumpur, 11 November 2023, 5.00 petang – SEORANG lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang bertugas sebagai penguat kuasa sebuah agensi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika bersama wanita berusia 20-an itu dalam operasi khas di sebuah hotel. Penguat kuasa itu disyaki meminta habuan seks sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas seorang wanita yang gagal melapor diri atas kesalahan dadah.
Lelaki itu dipercayai meminta habuan seks apabila wanita tersebut gagal melaporkan diri secara bulanan kepada agensi penguat kuasa. Habuan seks itu diminta supaya wanita itu tidak perlu dikenakan tindakan. Wanita tersebut pernah ditahan sebelum ini kerana kesalahan dadah dan sedang menjalani tempoh pengawasan selama 2 tahun di sebuah agensi penguatkuasaan di Johor Bahru.
Permohonan reman dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Chai Ing Hien, selepas dikemukakan SPRM, pagi tadi. Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan permohonan reman empat hari bermula hari ini hingga Isnin ini bagi siasatan lanjut.
Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
#PrezCom