Kuala Lumpur, 10 November 2023, 6.35 petang – SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke, berkata kehadiran pemimpin UMNO dan BN itu telah mencipta sejarah tersendiri kepada perjalanan persidangan sejak parti DAP yang diasaskan pada Oktober 1965. DAP berasa gembira dan menyifatkan kehadiran Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Parti DAP 2023 kali ini menjadi sejarah dan membuka lebaran baharu kepada parti itu serta politik Malaysia.
Menurut Anthony lagi, Ini adalah Presiden UMNO pertama yang hadir, ini merupakan rekod baharu persidangan kerana kali pertama dalam sejarah UMNO menjadi tetamu dan pemerhati di dalam persidangan parti tersebut. Untuk rekod katanya, persidangan DAP sebelum ini hanya pernah dihadiri oleh bekas Presiden UMNO iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam ucapan Anthony pada Persidangan Parti DAP 2023, Dr Mahathir berasa terkejut kerana pemimpin DAP berucap menggunakan bahasa Melayu dan nyanyi lagu DAP yang liriknya Bahasa Melayu. Anthony berharap bekas Presiden UMNO itu tidak lupa sebab dia memang mudah lupa. katanya.
Anthony terus menyatakan pendirian sebenar DAP kepada Presiden Umno iaitu mereka tidak memusuhi UMNO atau orang Melayu atau mana-mana kaum. Semenjak menjadi rakan di dalam Kerajaan Perpaduan, kerjasama diantara kedua-dua parti politik ini sangat baik dan tidak berlaku perkara yang membayangkan perbezaan antara kedua-dua belah pihak .
Kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke persidangan itu adalah sebagai tetamu kehormat susulan penubuhan Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau hadir bersama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
#PrezCom