Kuala Lumpur, 9 November 2023, 4.20 petang – SALAH seorang daripada anak saudara kepada rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, Alaa Fadi Laham yang berusia empat tahun berkata, “boleh bawa kami ke Malaysia , kerana di p tiada bom”. Satu pertsnyaan yang meruntun hati di kala malam di Semenanjung Gaza ‘dihujani’ bedilan roket rejim zionis, awal pagi kelmarin.

 Rakyat Malaysia yang menetap di Gaza, Nurul Ain berkongsi rakaman video klip penduduk di Gaza, Palestin menerima bantuan makanan. Menerusi perkongsian di Facebook, kanak-kanak di sana beratur untuk menerima makanan dan jajan yang diberikan. Senyumlah anak-anak, Insya-Allah semuanya akan okey. Kepada penderma, terima kasih berkongsi rezeki dengan kita. Semoga dirahmati Allah,” kata Nurul Ain.Turut kelihatan di dalam video tersebut kanak-kanak mengibarkan bendera Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia

Terdahulu, Nurul Izzah Anwar berterima kasih pada Al Jazeera di atas liputan berita dan meminta media seluruh dunia untuk melaporkan ketidakadilan yang dialami oleh warga Palestin dengan seimbang dan benar. “Nyawa setiap anak Palestin adalah bernilai,” katanya menegaskan seruan untuk cari penyelesaian adil di Palestin.

Begitulah keadaannya pertalian saudara seagama diantara Malaysia dan Palestin. Dari warga mereka yang tua sehinggalah kanak-kanak sangat mengenali orang-orang Malaysia dan keadaan negara kita yang aman dan damai . Sejak dahulu kita selalu mendengar warga Palestin inginkan Malaysia sebagai rumah kedua mereka. Malaysia begitu dekat dihati rakyat Palestin.

Kanak-kanak Palestin kini menderita didalam sakit, sedih dan kelaparan. Secara purata kira-kira 160 kanak-kanak Palestin terbunuh setiap hari di Gaza dalam tempoh sebulan pengeboman Israel di wilayah itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Ribuan rakyat di Gaza mati dan mereka yang masih hidup menderita akibat trauma, penyakit, kekurangan makanan dan air. Mereka memerlukan air, bahan api, makanan dan akses selamat kepada penjagaan kesihatan untuk terus hidup. Sekurang-kurangnya 10,328 rakyat Palestin, termasuk 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita, terbunuh sejak itu, sementara itu angka kematian di pihak Israel hampir 1,600, menurut angka rasmi

#PrezCom