Kuala Lumpur, 11 November 2023, 3.33 petang – SEPERTI dijangkakan, Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong ke -17 menggantikan Yang Dipertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Pemilihan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-17, telah memberi khabar gembira kepada setiap lapisan Bangsa Johor dan sesuatu yang amat membanggakan rakyat negeri Harimau Selatan itu.

Sorang usahawan, Mohd Said Mustafa 59, berkata, baginda dikenali sebagai seorang sultan yang dekat dihati rakyat jelata. Sudah tentu dengan pemilihan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-17 sangat dinantikan oleh rakyat negeri Johor dan juga seluruh rakyat Malaysia. Baginda sememangnya amat disenangi oleh rakyat Johor dan perkara itu dibukti dengan kehadiran baginda di dalam siri Kembara Mahkota Johor yang diadakan pada setiap tahun.

Sebagai Ketua Agama, baginda sentiasa agar syiar Islam terus terpelihara dan memastikan tiada mana-mana pihak yang boleh mengganggu gugat keamanan dan kesejahteraan di negeri Johor. Di dalam kalangan semua bangsa, perpaduan amat penting dan diatas perkara itu lah keamanan perlu dipelihara. Baginda begitu mengambil berat tentang masyarakat termasuk masyarakat Orang Asli dan ia sentiasa menjadi perhatian baginda.

Menurut Majlis Penyelaras Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Johor ( Gabung Johor) yakin, Sultan Ibrahim dapat menggalas tugas yang diberi dengan adil dan saksama serta bijaksana. Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Gabung Johor, Abdullah Md Yusof, amanah itu pasti dapat digalas dengan sempurna dan bijaksana oleh baginda seperti mana baginda memerintah negeri Johor.

Menurut Abdullah Md Yusof lagi, mereka sebagai Bangsa Johor amat berbesar hati apabila Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-17 dan mereka berjanji akan memberi sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap baginda. Bukan sahaja Bangsa Johor, malah seluruh rakyat Malaysia juga akan sentiasa berada dibelakang baginda untuk memberi taat setia dan sokongan. Sehingga kini, Gabung Johor mempunyai 45 NGO dari seluruh negeri itu dan berikrar akan sentiasa berada di bawah payung pemerintahan baginda.

Rata-rata rakyat yang berada di dalam negeri mahu pun yang berada di luar negeri Johor sentiasa berbicara tentang keperibadian baginda dan keluarga yang mulia dan baik hati. Bukan sahaja dikalangan orang melayu, malah dikalangan orang bukan melayu juga amat menyenangi keluarga baginda yang sentiasa mendampingi rakyat. Baginda sentiasa menjaga keharmonian dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan untuk di pelihara.
Presiden PAMJ, Datuk Seri Dr. Syed Hussien Al Habshee berkata, program seperti Kembara Mahkota Johor, jelas menunjukkan keperihatinan baginda terhadap rakyat yang jelas menunjuk bertapa pentingnya kedudukan rakyat dihati baginda. Turun padang untuk melihat sendiri bagaimana kehidupan rakyat sama ada terjamin atau tidak serta cukup keperluan atau tidak baik dari segi makanan dan pelajaran anak -anak. Kembara Mahkota Johor merupakan satu program yang dibuat khusus untuk melihat keadaan rakyat jelata.

“ Saya Percaya apabila Sultan Ibrahim ditabakan sebagai Yang Dipertuan Agong nanti, baginda akan memerintah dengan baik diperingkat negara. Sama sepertimana pemerintahan baginda diperingkat negeri. Tentunya program menyantuni rakyat miskin dapat diteruskan diperingkat kebangsaan.” Katanya lagi.

#PrezCom