Kuala Lumpur, 7 November 2023, 12:45 – MENGIKUT statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 424 rakyat negara ini iaitu 351 lelaki dan 73 wanita dipercayai terpedaya dengan sindiket penipuan kerja sejak September 2021 sehingga kini. Penipuan dalam pekerjaan di luar negara bukanlah perkara baru di negara kita. Sering kita dengar rakyat Malaysia diperdagangkan di luar negara akibat ditipu oleh sindiket pencari kerja yang didalangi oleh rakyat Malaysia sendiri yang mempunyai perhubungan dengan agen di negara luar.
Hasil daripada siasatan pihak polis, terdapat 2 sindiket yang menawarkan pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja di luar negara dengan menjanjikan berbagai kemewahan dan pendapatan yang lumayan serta limpahan wang ringgit. Anak muda di Malaysia amat tertarik dengan janji-janji yang ditawarkan kerana mereka masih muda tidak punya pengalaman yang luas dalam bidang pekerjaan di luar negara. Maka, mereka mudah tertarik dengan apa yang disebut dan sekelip mata sahaja mereka akan menerima segala yang dijanjikan kepada mereka.
Setakat ini ada dua individu ditangkap berkaitan memperdagangkan rakyat Malaysia di atas urusan pekerjaan di luar negara. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila ada yang teraniaya dengan janji-janji yang tidak dipenuhi dan membuatkan mereka terperangkap dengan tidak mendapat sebarang pertolongan daripada mana mana pihak. Tanpa ada rasa simpati daripada sindiket yang memperdagangkan nasib anak anak muda ini, maka terbiarlah mereka tanpa dipedulikan makan dan minum serta tempat tinggal yang sempurna.
Terdapat syarikat agensi pekerjaan yang beroperasi di Lembah Klang dan lapan individu daripada dua syarikat terbabit telah ditahan. Kesemua yang ditangkap didakwa di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).
Terdapart 4 kategori mangsa yang dikenal pasti. Kategori pertama, individu yang tertarik dengan tawaran yang dijanjikan sebelum dipaksa menjadi ‘love scammer’ atau scammer pelaburan. Kategori kedua melibatkan mereka yang telah menjadi scammer dan berjaya namun apabila tidak mencapai sasaran, majikan mereka akan mula memanggil pihak berkuasa untuk diselamatkan.
Kategori ketiga pergi ke luar negara, untuk aktiviti perjudian dan apabila mengalami kekalahan mereka tidak dapat pulang dan meminjam daripada ‘Ah Long’ dan akhirnya menghubungi polis mengatakan bahawa mereka adalah mangsa culik. Kategori keempat, mereka berjaya dibawa pulang tetapi pergi semula.
Hancur luluh pasukan polis apabila diberitahu mereka dikesan pergi semula dan kemudian hubungi polis untuk minta tolong supaya selamatkan mereka. Ini bukan fakta awang-awangan.
#PrezCom