Kuala Lumpur, 5 November 2023, 5.54 petang – AHLI Parlimen Bagan Datuk yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau kini berada di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen. Ahmad Zahid, 70, menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk selama tujuh penggal sejak PRU ke-9 pada tahun 1995 selepas mengalahkan calon parti Semangat 46 (S46) Asha’ri Marsom dengan majoriti 14,830.

Walau bagaimanapun, sebelum beliau berundur dari arena politik, beliau mahu memastikan bahawa Bagan Datuk akan terus mengecapi kemajuan dan kemakmuran serta sifar kemiskinan.

Ahmad Zahid berkata, beliau mahu melihat Bagan Datuk membangun, maju, berada nombor satu dalam pendidikan di negeri Perak dan mempunyai infrastruktur yang baik. Beliau menyuarakan tentang keazaman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan kemiskinan tegar seluruh negara tidak kira dikalangan masyarakat India, Cina dan Melayu.

Ahmad Zahid mempertahankan kerusi itu sehingga PRU ke-15 dan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2015 sehingga 2018 sebelum sekali lagi dilantik pada 2022. Ahmad Zahid berkata, beliau tidak tahu lagi bila akan berundur sepenuhnya dari dunia politik. Kata-kata itu diucapkan pada Majlis Santunan Kasih Deepavali Parlimen Bagan Datuk di Dewan Kompleks UMNO di sini, pada Sabtu.

Bagaimanapun, ketika ditemui selepas majlis berkenaan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah enggan mengulas lanjut mengenainya. “ saya berada di penghujung perkhidmatan, kita akan ada PRU16, ke-17 dan ke-18. Jadi kita tunggulah ketikanya yang sesuai,” katanya. Beliau membayang mungkin selepas atau sebelum salah satu Pilihanraya umum tersebut.

Penganalisis politik pernah berkata, Zahid mungkin merupakan penyelamat kepada karier politik Presiden PKR itu di Tambun, sekali gus menggagalkan cadangan persefahaman politik antara Barisan Nasional (BN), Bersatu dan PAS di kerusi itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Mungkinkah cadangan Zahid untuk mengundurkan diri dari arena politik akan dipersetujui oleh Anwar? Buat masa kini mahu pun sebelum PRU 16 nanti?

#PrezCom