Kuala Lumpur, 4 November 2023, 8.18 petang malam – SEORANG Lelaki berusia 58 tahun yang enggan dikenali mendakwa, dia menumpangkan seorang wanita di Batu 23, Jalan Kuala Berang pada pukul 3 pagi kerana menyangkakan wanita tersebut mangsa kemalangan yang memerlukan pertolongan. Lelaki itu yang juga seorang peniaga ikan dan sayur-sayuran itu tidak menyangka wanita berjubah yang menumpang van miliknya pada awal pagi Rabu lalu rupa-rupanya suspek bagi satu kes pembunuhan melibatkan usahawan tudung. Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke Pasar Borong Gong Pauh di Kuala Terengganu.

Pada Tarikh 1 November 2023, seorang usahawan wanita berusia 65 tahun telah dilanggar dan ditikam sebanyak 15 kali berhampiran Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu pada pukul 3 pagi. Mangsa yang merupakan pesara kerajaan ditemuikan di dalam longkang ditempat kejadian.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan awal mendapati insiden bermotifkan rasa tidak puas hati suspek wanita berhubung agihan keuntungan perniagaaan.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, seorang wanita disyaki melanggar dan menikam mati mangsa yang merupakan rakan kongsinya. Susulan dari kejadian tersebut, pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 37 dan 35 tahun telah ditahan reman oleh pihak polis untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan itu.

Tertuduh yang juga merupakan usahawan tudung dan pakaian serta suami iaitu seorang mekanik direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membunuh seorang wanita warga emas di Batu 23, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini. Mereka disiasat mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

#PrezCom