Kuala Lumpur, 4 November 2023, 2.18 petang – SEJAK diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1995, Coway telah pun mengembangkan perniagaan mereka hampir 30 tahun. Coway mempunyai berbagai perkakas dan peralatan diantaranya yang terkenal adalah penapis udara. Penapis udara ini merupakan produk pertama yang diperkenalkan untuk disewa kepada pengguna bermula pada tahun 2001 dan ia adalah diantara produk Coway yang mudah untuk didapati dan harga sewaanya murah serta mampu dimiliki oleh semua orang. Penapis udara Coway ini telah menarik minat ramai pengguna barangan kesihatan di Korea. Syarikat Coway di Korea telah membangunkan dan menambah teknologi yang canggih kepada penapis udara buatan mereka supaya ia lebih berkualiti dan mempunyai daya saing yang tinggi.
Syarikat Coway telah melangkah lebih maju dengan memperkenalkan berbagai jenis peralatan rumah yang bermutu tinggi. Dari masa ke semasa Coway sentiasa mencipta dan membangunkan peralatan dengan teknologi yang baru supaya menjadi lebih diperlu oleh orang ramai dan jauh lebih baik dari jenama lain. Pasaran untuk penapis udara ini telah menguasai lebih dari separuh penduduk Malaysia dan telah banyak disewa dan menjadi hak milik pelanggan selepas beberapa lama digunakan dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Coway.
Penapis Udara jenama ini dicipta dengan berbagai keistimewaan dari sebuah syarikat peralatan dan teknologi yang tiada tandingannya di Malaysia. Penapis Udara Coway dicipta khas dengan sistem pembersih anti-bakteria dan kiub 4 dimensi untuk pemutaran angin bagi mencuci dan menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan. Penapis Udara Coway bukan sahaja menyingkirkan kuman dan bakteria tetapi juga berfungsi untuk menyerap kekotoran seperti habuk dan debu yang berada disekeliling kita serta menyerap bakteria yang terapung diudara. Selain dari itu penapis udara Coway ini dilengkapi dengan kiub pencuci yang mampu menghalang bakteria dan kulat dari melekat di dalam penapis.
Coway bukan sahaja terkenal dengan teknologi yang canggih di Korea tetapi juga terkenal dengan teknik pemasaran yang terbaik diseluruh dunia. Syarikat ini juga telah berjaya menemukan penapis udara yang mampu menyerap dan mengurangkan pencemaran sejak tahun 2014 lagi. Terdapat beberapa jenis penapis udara iaitu, penapis alahan kulit, penapis berganda untuk menyerap bau, penapis khas untuk habuk dan debu, penapis untuk menyerap kotoran dari haiwan peliharaan dan penapis lain untuk menyerap berbagai kotoran dan bau dirumah.
Pelanggan boleh memilih apa jenis penapis yang sesuai untuk rumah mereka. Penapis udara Coway yang khas dicipta untuk haiwan peliharaan mempunyai penapis yang mampu menyingkirkan kuman yang terdapat di dalam bahan kumbahan haiwan dari terhidu oleh manusia. Untuk itu dengan memiliki penapis udara Coway, hidup anda akan bebas dari sebarang bau yang tidak menyenangkan dan bakteria yang berada dibulu atau kulit haiwan perliharaan anda.
Di dalam kenyataan yang dibuat oleh Syarikat Coway, mereka akan terus membuat penyelidikan bagi menerajui pasaran penapis udara untuk membantu orang ramai dalam menjalani hidup yang lebih sihat dan berada dipersekitaran yang bersih.
#PrezCom