Kuala Lumpur, 3 November 2023, 7.50 malam – LOGO pertama Proton 1985 hingga 1982 terdiri daripada rekaan rombus (segi empat-bentuk intan) dengan bahagian bawah yang panjang. Bahagian atas lencana perak itu diletakkan imej bintang dan bulan berwarna kuning dengan latar biru. Di bawahnya, tulisan lencana Proton menyerupai huruf Arab.
Pada awal kemunculan, Proton memasarkan kenderaan hasil kerjasama dengan pihak Mitsubishi Motors Corporation (MMC) Proton Saga yang merupakan produk pertama diperkenalkan pada 1985 iaitu lebih tepat pada tarikh lahir (9 Julai) pengasas jenama itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pernahkah anda terfikir inspirasi logo berkenaan?. Menerusi perkongsian video akaun TikTok Ragam Studio Shop yang mengambil klip Galeri Kereta, Tun Mahathir mendedahkan rahsia idea logo pertama Proton itu.Tercetusnya idea logo Proton adalah dari logo Mitsubishi. Kalau diperhatikan Mitsubishi mempunyai 3 dimensi berbentuk berlian. Tun Mahathir mengambil satu bahagian darinya untuk dijadikan logo Proton iaitu kereta pertama negara Malaysia.
Bapa Pemodenan Malaysia itu juga berkongsi perjalanan memulakan jenama automotif nasional pertama negara itu. Waktu itu kereta Malaysia hanya 18 peratus komponen tempatan dari Malaysia yang lain Malaysia membelinya dari komponen Jepun. Sehingga sekarang dah 95 peratus. Pada pandangan Tun Mahathir, Malaysia boleh buat kereta sendiri. Negara ada kebolehan untuk buat kereta sendiri, sudah tentu Malaysia juga boleh. Menurut Tun Sebelum beliau menjadi Perdana Menteri beliau telah pun pergi ke Jepun untuk melihat cara pembuatan kereta dan bagaimana kejuteraannya berkerja untuk menyiapkan sebuah kereta.
Kerana itu lah beliau ingin memperkenalkan projek kejuruteraan kereta. Kalau Malaysia boleh buat kereta, bermakna semua benda Malaysia mampu buat. macam-macam lagi. Kita perlu faham bagaimana ICE berfungsi. “Kita ada keupayaan, orang kita boleh buat,” begitulah kata- kata beliau yang sentiasa diingati hingga kini.
#PrezCom