
Kuala Lumpur, 1 November 2023, 15:41 – NIAT hanya untuk mencuri sebuah kereta Proton Persona, tetapi secara tidak sengaja terpalit dengan cubaan menculik murid-murid sekolah yang kebetulan berada di dalam kereta yang cuba dibawa lari itu. Begitulah nasib seorang lelaki yang disiasat kerana dikatakan menculik 6 orang murid-murid sekolah di Kundasang, Sabah.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, kes yang melibatkan seorang lelaki yang dituduh dengan 2 kes iaitu kes cubaan mecuri kereta dan menculik. Sewaktu kejadian, lelaki tersebut tidak perasan terdapat beberapa orang murid sekolah di dalam kereta tersebut. Sejurus selepas itu pihak polis telah menerima satu laporan berhubung seorang lelaki yang melarikan kereta Proton Persona.
“Selain disiasat kerana cubaan menculik, suspek disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.00 petang dipercayai berlaku di hadapan kedai runcit, di jalan Kampung Pinausok, Kundasang. Suspek telah berjaya diberkas selepas kejadian itu dengan bantuan orang ramai.
Video kejadian itu turut tular di media sosial yang memaparkan suspek diberkas polis dan orang ramai sambil kedengaran suara kanak-kanak yang menangis. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Ranau itu, pihaknya menerima satu laporan berhubung seorang lelaki yang melarikan kereta Proton Persona. Polis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan.
#PrezCom