Kuala Lumpur, 31 Oktober 2023, 12.00 tengahari – TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata parti itu perlu ada seseorang yang mampu untuk membawa perubahan berbeza pada masa depan. Demi masa depan yang cemerlang, perlu ada kepimpinan yang mampu mengikuti senario semasa untuk satu perubahan yang dinamik. Menurut Tunku Ismail lagi, “Kalau masih dengan sistem begitu lama macam sekarang, saya tak lihat UMNO akan ada masa depan dalam negara, melainkan mereka berubah,” kata baginda ketika menjadi tetamu program podcast Keluar Sekejap malam tadi.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail berharap, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dapat kembali ke pangkuan UMNO bagi memajukan negara dan membawa perubahan. “Saya nak tengok orang-orang lebih layak berkhidmat dalam kerajaan, bukan berdasarkan senioriti, tetapi kelayakan,” kata baginda.

Ditanya mengenai rancangan baginda dimasa hadapan, memandangkan ayahnda baginda akan ditabalkan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari depan. Besar harapan baginda untuk melihat orang-orang yang berwawasan untuk menerajui negara bagi mengembalikan kegemilangan Malaysia seperti satu ketika dahulu. Ketika kempen PRU15 di Sungai Buloh, Khairy mendakwa “ UMNO sesat”. Perkara itu telah meninggalkan satu kesan yang besar terhadap sokongan pengundi di seluruh negara kepada UMNO. Pada masa yang sama Shahril Hamdan yang merupakan Ketua Penerangan Umno ketika itu turut digantung keahliannya dari UMNO selama 6 tahun.

Sejak kekalahan UMNO di PRU -15 yang lalu, Umno dilihat ditolak oleh rakyat sepenuhnya. Sebagai Bukti, UMNO dan komponen BN tidak lagi dipilih oleh rakyat semasa Pilihan Raya Negeri (PRN )yang berlangsung pada 12 Ogos 2023 yang lalu. Melalui PRN tersebut, UMNO membuat gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) dengan menyaksikan kemenangan kerusi oleh gabungan PH/BN banyak didominasi oleh PH.

#PrezCom