Kuala Lumpur, 31 Oktober 2023, 17:27 – PERSATUAN Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) melahirkan rasa kesal dengan tindakan mempromosikan nasi kandar dengan hidangan babi. Tindakan itu dilihat sebagai satu penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia. PRESMA melahirkan rasa kesal terhadap perkara itu kerana ramai telah pun tahu, nasi kandar di Malaysia dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu.

Pada masa yang sama, PRESMA, melalui presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, ia telah menimbulkan keraguan di kalangan peminat nasi kandar di negara ini dan ia diibaratkan memberi gambaran yang negatif kepada menu kegemaran ramai ini. Hidangan nasi kandar di semua premis milik ahli PRESMA di seluruh negara dijamin halal dan tidak terkandung bahan larangan di dalamnya dan ia mengikuti syariat agama Islam. Video yang dimuat naik itu sudah mencecah lebih 200,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka.

Nasi kandar mula popular ketika itu kerana seperti umum mengetahui, nasinya banyak dan mengenyangkan. Lauk yang popular pada ketika itu pula adalah nasi bersama kari ikan, ikan goreng dan bendi. Inilah menu asal nasi kandar. Pada hari ini, nasi kandar tidak lagi menjadi makanan ruji warga buruh, namun sudah menjadi menu kegemaran ramai dengan campuran lauk-pauk yang mahal dan berbeza dengan nasi kandar pada zaman dahulu.

#PrezCom