Kuala Lumpur, 30 Oktober 2023, 2.55 petang – SEJAK Februari 2023, kerajaan telah menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi ayam dan telur ayam. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan, walau bagaimanapun subsidi dan kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C akan diteruskan menggunakan makanisma yang sedia ada. Diantara sebab bagi penamatan subsidi ini adalah mengelakan dari ketirisan dimana waktu ini golongan berpendapatan tinggi dan warga asing turut menikmatinya. Perkara ini telah disuarakan oleh Mohammad Sabu pada sidang media Penamatan Kawalan Harga Dan Subsidi Ayam bertempat di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (LPP), pada Isnin.
Jelas Mohamad,penamatan ini diambil setelah membuat pertimbangan yang sewajarnya. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kerajaan menimbang untuk mengapungkan harga telur dan ayam tidak lama lagi selepas mendapati trend semasa menunjukkan bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil. Perkara ini telah dinyatakan olehnya semasa pembacaan belanjawan 2024. Sungguh pun begitu, kerajaan akan terus memastikan harga jualan ayam di pasaran adalah munasabah dan tidak membebankan rakyat.
Menurut Perdana Menteri lagi, perkara ini dapat memberi peluang kepada pasaran tempatan untuk berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran, dan perincian mengenai langkah itu akan diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam dua minggu, selepas berunding dengan pihak pengeluar. Selain dari itu, langkah ini juga dapat dimanfaatkan kepada golongan sasar yang didapati layak sahaja dan paling penting adalah warga asing dan golongan berpendapatan tinggi tidak mengambil kesempatan diatas subsidi yang diberikan seperti yang dilakukan sebelum ini. Sejak tahun 2022 kerajaan telah memberi subsidi secara keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung kos ayam dan telur kepada rakyat serta pemberian itu juga dapat dinikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya.
#PrezCom