Kuala Lumpur, 30 Oktober 2023, 6.24 petang TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata Kanak-kanak yang aktif dengan penggunaan gajet lebih midah terdedah kepada ancaman gangguan seksual dalam talian terutama ketika melayari platform media sosial. Gangguan seksual tidak semestinya dilakukan secara fizikal sahaja atau dengan perbuatan, malah turut berlaku melalui media sosial seperti telefon bimbit dan gajet.
Kanak-kanak yang berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini yang aktif menggunakan internet, didapati mengalami ancaman eksploitasi dan penderaan seksual yang jelas dalam talian. Perkara ini telah didedahkan oleh UNICEF Malaysia pada tahun 2021 dan ianya sangat berisiko tinggi untuk berdepan ancaman itu secara realiti.
Orang-orang yang begitu ghairah dengan seks akan memgugut kanak-kanak dengan perkara-perkara memgenai seks , imej-imej lucah, menunjukkan alat sulit mereka atau dipaksa melakukan seksual dengan memberi ganjaran atau hadiah wang ringgit untuk menutup mulut. Perkara ini disuarakan oleh beliau selepas merasmikan Program Jerayawara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM)@Advokasi Anti Gangguan Seksual Negeri Perlis di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khoon Aik, di sini hari ini .
Masyarakat harus sedar akan hakikat bahawa gangguan seksual boleh terjadi di mana–mana sahaja. Ia boleh berlaku kepada mana-mana individu tak kira jantina, usia, kaum ataupun agama termasuklah kepada golongan yang lemah seperti kanak-kanak. Orang ramai diingatkan supaya memantau kelakuan anak-anak kerana bimbang akan menjadi mangsa eksploitasi oleh orang yang tidak dikenali dan tidak bertanggungjawab dan sekiranya terdapat gangguan segera membuat laporan kepada polis.
Statistik yang dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa jumlah kes gangguan seksual yang dilaporkan meningkat daripada 378 kes pada 2020 dan kepada 506 kes pada 2021. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan pada tahun 2022 dan ia hanyalah membabitkan lelaki dan wanita.
Terdahulu, Aiman menyampaikan sepanduk Hentikan Gangguan Seksual kepada wakil syarikat perniagaan di sekitar Perlis untuk ditampalkan di premis masing-masing sebagai peringatan kepada semua pihak akan bahaya jenayah berkenaan
#PrezCom